Friday, February 19, 2010

3rd PERUBATAN SEMINAR 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum pembuka bicara...amboihhh...(brangan jadi mc ye)...Pada 17 Februari 2009..sehingga 18 Februari 2009,satu seminar perubatan telah diadakan di pusat konvensyen Universiti Cairo...seminar perubatan yang kali ketiga Berjaya dilangsungkan dengan jayanye dengan kehadiran 610 peserta yang merupakan pelajar Malaysia yang hadir dari setiap pelosok Mesir..(oh! kenpa ia seperti laporan minit mesyuarat ye...itu kerja lama..)..

17 Februari 2009..

Hari pertama..btolak dari ARMA...tiba di Cairo University(CU)..pkul 7.30 pagi camtu...daftar..dapat buku yang bertajuk professionalism,,as tema pada tahun nie (ceh ayat macam ak datang je seminar tahun lepas) ialah profesionalisme...cam best kan tajuk dia...ha..memang best...bagi ana la..even ada teman yang cakap..boringla...boring memang boring...nme pun seminar...asek duduk dengar ceramah je..kebas da..haha..tapi kalau dapat ,mesej sebenar yg nak disampaikan tu..memang berbaloi sangat la...sangat berbaloi..even not in short term but in long term...insha Allah..we can show n contribute something to our ummah especially...ada pepatah English...’Rome is not built in one day’...(senayanya ana tak ingat Negara pe...ana tnya ezza...mula2 dia pown kata rome..tapi dia tukar greek plak..sah2..,minah nie merapu da..)...camtula..even nak takhluk Constantinople tu memerlukan masa yg lama..dari generasi ke generasi...nk cakap usaha yang diperlukan untuk membina satu kejayan yang besar bukanlah dalam masa yg singkat..Umat islam pada zaman sekarang patut bersyukur..jika membaca sejarah2 penaklukan Istanbul ini..usaha2 yang dilakukan..semangat jihad yang ditunjukkan oleh para tentera Islam dahulu..sangat mengusik jiwa...jika kita tak dapat ,menghargainya...dan lebih teruk lagi..tidak mengambil tahu langsung..

Acara dimulakan dengan ‘Sahsiah Mahasiswa perubatan muslim’...disampaikan oleh seorang ustaz yang baru saja melangsungkan perkahwinan n seorang lagi baru lepas graduate university mana tak sure(bukan x sure tapi tak ingat!..hahah)..

Input2 yang ana dapat:

1. Sahsiah dan akhlak merangkumi hubungan dengan Allah(Habluminallah) dan hubungan sesame manusia/persekitaran(habluminannas)..Allah S.W.T menciptakan manusia dengan sifat2 semulajadi yang baik atau dikategorikan sebagai sifat mahmudah(sifat terpuji)...yang amat berlawanan dengan sikap mazmumah..iaitu sifat tercela..yang telah menjadi tabiat bilamana kita sering melakukannya...ini pandangan Islam..


2. Pandangan psikologi modennya pula..fungsi otak kanan yang lebih kepada mengingati,menganalisa..mampu membentuk kecerdasan emosi(Emotional Quotion)...ini bermaksud how we manage our emotion...this is important because..it is discovered that..IQ,SQ or another thing component only contribute 6-20% to succeed and the remaining(80%)..is EQ...


Untuk meningkatkan kecerdasan emosi:

~ mengenali emosi diri

~ mengendalikan emosi diri

~memotivasikan diri

~mengendalikan emosi orang lain

~ Membina hubungan dengan orang lain..


This means...macam kita ada perangai kita sendiri..nak deal ngan bermacam2 juta jenis perangai orang lain...especially kawan2..so macam mane kita nak masuk ngan orang ni kalau perangai dia macamni..ini dengan persekitaran bagi membentuk habluminannas la kan..how we control our emotion...its really important for me..n for us..I said kawan2..sebab kita tinggal sini memang xde orang lain da..ngan kawan2 je kan sekeliling kita..nak tak nak..tiap2 hari ngadap muka yang sama je..Insha Allah combine dua perkara di atas..Insha Allah usaha ke arah menjadi MANUSIA yang berguna menajdi lebih senang..


Kepentingan Melazimkan Akhlak dan Sahsiah Muslim sebagai doctor..

Ya! Anda ingin menjadi seorang doctor...tapi doctor yang bagaimana..doktor yang mengejar wang ,ingin popular semata-mata.,berbangga dengan title DR. Di hadapan nama....mg jange mimpi la..ilmu yang dapat takkan kemana..dan hidup anda akan menjadi sia2..Berkali2 kami para peserta diingatkan...hampir setiap penceramah mengatakan biarlah balik Malaysia nanti bukan hanya dengan segulung ijazah sebagai seorang doctor tp orang cakap ada suatu nilai tambah dalam diri masing2..menjadi ustaz atau ustazah..yang bukan sahaja merawat pesakit tapi merawat hatinya juga...saudara2 di tanah air kita pasti mempunyai high expectation apabila kita pulang ke Malaysia..kita akan dipanggil untuk memberi ceramah mengenai agama...sebagai contoh salah seorang pakar perubatan(ana lupa namanya ape...hehe..sorry).. yang pada waktu paginya..memberi ceramah2 agama, mengendalikan bacaan tahlil..menguruskan majlis cukur jambul..dan pada malamnya dia menjalankan fardhu kifayahnya di hospital...Contoh seprti inilah yang kita mahu..


1.Medan Dakwah yang berkesan

Berdakwah bukan hanya melalui ceramah...dakwah itu bersifat luas...ditambah pula dengan kecanggihan ekonomi sekarang...dan dakwah juge bukanlah bermaksud..pegi ketuk pintu rumah ke rumah...”Assalamualaikum..saya datang nak bagi ceramah nie’.....tidak lagi..namun niat haruslah ikhlas kerana Allah Taala..kerana dengan ikhlas insha Allah setiap pekerjaan yang dilakukan akan menjadi ibadah..dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya..Dakwah juga bukan terletak pada orang2 tertentu..ana pantang(pantang je la,xdela g cepuk ke orang tu) kalau ader orang cakap, ‘aku bukan ustaz nak nasihat dia’...sedangkan tugas dakwah itu terletak pada bahu setiap muslim...mengikut kadar kemampuan masing2..Berdakwah dengan kasih sayang..bukan secara paksaan...insha Allah..kajian juga mendapati doctor ialah golongan manusia yang paling dipercayai..dan orang akan ikut kata..gunakan peluang nie seadanye..walaupun pesakit kita ketegaq(degil) gile tak nak makan ubat..maniskan muka ,lembutkan suara...dan mendoakan kesejahteraan kepadanya..nilai simpati n empati perlu ada dlm diri setiap doctor..


2.Merawat Punca sebenar Penyakit Manusia..

Ha! Nie lagi satu...kita slalu dengar..mencegah tu lebih baik dari merawat’...ana cakap kalau pegang benda nie betul2..memang xde masalah..penyakit2 nie mai dari mana???...penyakit takkan tetiba datang kalau kita tak undang dia ke dalam tubuh badan kita..lainlah kalau tersebar melalui udara ke..tapi most of penyakit.n ramai orang mati sebab tak amalkan gaya hidup sihat..MAKAN je ye semuanya(to’miyah tak to;miyah..krib tak krib)...so the root is..mencegah dari akar umbi...tukar gaya hidup...sejak dari kecil lagi..insha Allah..ana harapla..sesape yang g seminar tu or sesape yg tau mengenai hal ni..bila da ada anak nanti..sila start bagi ana tu makanan yang berkhasiat..nie kecik da makan chichkadees..ana syorkan MADU...sebab dulu..time ana g kursus b.ARAB kat klantan..ada seorang ustaz nie dia buka perkhidmatan homeopati n sebelum ana menerima rawatan..dia adala bagi ceramah sket(mula2 dush!dush!...yelah orang datang nak buat rawatan ustaz nak bagi ceramah pe plak nie)(hmmm..nie pun penykit jugak nie..suke fikir negative...blom pape lagi da malas...Dont try this at home in the highway ok)..ustaz tu bagi ceramah...Madu nie ialah ubat bagi segala penyakit..memegang sebuah hadith,’ Tiada suatu penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati’..dia kata..orang2 Yahudi dan sedar akan kepentingan Madu nie..so dekat hospital diorang ,lepas bayi2 baru dilahirkan...diorang akan suap madu...Madu nie dapat menguatkan dan mencerdaskan minda...kita tak...lepas bayi tu lahir..cucuk bius tu la..cucuk ubat nie...vaksin tu la vaksin ni la...sedangkan pada zaman Rasullulah S.A.W dulu da ada orang guna madu nie sebagai makanan rutin harian...dan terbukti kesahihannya..Ubat2 sekarang nie banyak buat pesakit lebih sakit katanya..ada satu alat ana tak pasti pe..alat nie tak digunakan di mana hospital sebab pesakit akan terkejut kalau cek balik keadaan kesihatan diorang sebenarnya adalah menjadi semkain teruk..sebab tu orang yang sakit makan ubat tak penah sembuh2..they keep eating /swallowing capsule yg tah pape(bahan kimia) setiap hari..Tapi akibat pengaruh dan penjajahan orang barat kepada kita..apa je diorang bagi kita amik..dala kita begantung pada ubat2 yang datang dari Amerika melalui sebuah pesatuan..(sekali lagi ana lupa pe nama persatuan tu)..tgk !begitu senang umat Islam sekarang diperdayakan..apa yang kita miliki dulu..orang da curi dan ambil dan last sekali nak kenakan kita semula..adakah kita nie terlalu BODOH membiarkan diri kita nie diperkotak katikkan....??

3.Nilai tambah penunjuk kualiti...

Salah satu kelebihan dapat belajar kat Mesir nie...yelah, berbeza dari graduan2 yang datang dari barat..kita ada satu kekuatan(itupun kalau betul2 amalkan islam dengan betulla) dalaman yang takde pada orang lain. kita bekrja kerana Allah Taala..dan pekerjaan sebagai medium.. untuk melakukan pekerjaan yang mulia membantu orang..sebab ana dengar2 orang yg study kat negara omputih yang amek medicine,diorang ader ikrar diorang..n semua orang mesti ikrar la benda tu..n for sure kalau yang memang g belajar kat sana tu basic agama tak kuat..akan ambik bulat2 je ape yang ikrar tu cakap..tapi ikrar kita berbeza..semua yang kita lakukan kerana Allah Taala...

Insha Allah..orang akan respect u man!!..you down cam mane pun ada orang yang akn still look up to you...akhlak baik perlu dipupuk..sebab nak jadi doctor bak kata salah seorang penceramah,’Not genius but rite attitude’..xdenya, kowtla nak jadi genius kan,’ hmmm..saya rasa kita patut bedah pesakit melalui lubang telinga’..padahal nak operation jantung..but attitude..attitude u bagus...silap2 pesakit tgk muka u pon da boleh sihat tau..ha! ana ingat salah seorang penceramah cakap,Prof.Dr Mohamed Hatta Shahrom..’ada orang2 tertentu bila kita pandang je muka dia kita akan ingat Allah S..W.T..’..itulah kelebihan orang2 yang Allah kurniakan padanya...iaitu orang2 yang sentiasa dekat dengannya...

Macam mana nak bina Akhlak dan Sahsiah Muslim..

1.Akidah yang benar dan kepatuhan kepada syariat yang tumbuh dari dalam jiwa..

2.Membudayakan ilmu pengetahuan..

Menggalakan semangat cintakan ilmu pengetahuan..dan suka membaca...generasi kini amat mals membaca..Ya ana dan semua akui kita masih lagi ditakuk yang lama..sistem pembelajaran berdasarkan peperiksaan(exam oriented)..malah kata professor system pembelajarn Egypt nie da gunapakai sejak dia study kat Egypt dulu nie lagi..u see how long is it?...ini akan menybabkan kita rasa kita aim,yang kita nak mumtaz every year...mesti penyerla kan..sebab ana pun berhasrat mcamtu..salah satu lagi biasiswa...ada orang cakap ada senior yg dapat mumtaz tak dapat pun biasiswa..makin bertambah lagi la semngat nk dapat mumtaz...namun apalah kiranya..jika mumtaz itu hanya tercop,tertulis hanya pada sijil..tapi jiwanya kosong..tidak diisi dengan kerohanian...and if u wanna be one of this cluster...you cannot be and will NEVER be a good doctor..n when it comes to practical, you will forget anything...as u just study for your exam...Kekangan juga timbul apabila pelajar risau..bila diorang kena hafal sebijik2 pe yg dalam buku lecture buat..and when it comes to exam.. diorang akan muntahkan balik semua yg diorang da hafal..jawab sebijik macam dlm buku..masalah yang timbul apabila pelajar akan lupa lepas keluar je dari dewan tu..n satu lagi ilmu pelajar akan terbatas hanya apa yang tertulis di dalam buku...sebab baca lebih2(buku rujukan tmabahn) pun bukan keluar exam..masalah macamnie sering menghantui...bagi ana dua2 perlu..persiapan kena ada..persiapan awal...masa 24 jam sehari divide untuk baca hat yang buku pelajaran ja...hat satu part lagi kita buat untuk bacaan tambahan..tak banyak sikit pun tak pe..asalakan niat ikhlas nak tuntut ilmu kerana Allah Taala..

3.Memilih idola..

Pemilihan idola nie juga amat penting..bagi contoh yang terbaik untuk Muslim ialah Nabi Muhammad S.A.W..Baginda merupakan teladan yang paling baik untuk dicontohi...membaca sejarah beliau bukan bermula dari beliau diangkat menjadi nabi pada umur 25 tahun dan rasul pada umur 40 tahun..tapi baca rentetan sejarahnya dari dirinya sejak dilahirkan..dari kecil baginda..di uji dengan pelbagai cubaan..kata orang..orang yang hebat..hebat jugalah cabaran yang dihadapinya..oleh itu ana sendiri..menerima cabaran dan dugaan yang ana alami dulu,sekarang atau pada masa akan datang dengan sebaik mungkin dan akan mengambil iktibar..insha Allah..ana percaya dan yakin...beberapa dugaan yang ana lalui pada sebelum nie telah menjadikan ana seorang yg lebih matang berbanding dahulu.....Ana percaya kawan2 yang lain juga begitu...

Hmmmm...ana rasa untuk edisi kali nie...ana stop sini dulu la..ana akn sambung dengan tajuk yg lain..kalau boleh ana nk sape2 kawan ana yg tak dapat pegi ke seminar tu dapat sebnyak mana yg mungkin pe yg ana dapat..ana niat ini juga sebagai dakwah..dan dakwah itu bukan paksaan...maaf sekiranya..cara ana kurang tepat..huhu..ana da niat dari awal2..yg ana memang nak sampaikan ape yg ana dapat di seminar nie..so ana rasa bersalah sangat bila ana tertido untuk satu slot...tapi slot tu pun sebenarnya takde kena mengena sangat dengan perubatan..tapi ana still nak mintak maaf...Sorry ye kawan2..(^_^)~...

Maaf jika entry ini terlau panjang...Insha Allah mendapat manfaat..

p/s : Ana harap ana boleh pegi lagi untuk seminar perubatan untuk kali yang keempat pulak..Jom..!!Bold

0 comments: