♥• Biji Kopi - warna hitam pekat, keras bijinya
♥• Lobak - keras sifat dan fizikalnya
♥• Telur - Begitu mudah pecah sifatnya
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
~Jadi ketiga-tiga bahan ini diletakkan di dalam air yang sangat panas.
Lihat apa yang terjadi pada bahan-bahan tadi setelah direndam di dalam air panas tersebut.~
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
✿ Lobak - Sifatnya yang keras itu tiba-tiba jadi lembut dan lembik
✿ Telur - Sifatnya yg mudah pecah dan lembut akhirnya menjadi keras
✿ Biji kopi - mengubah air yang putih menjadi hitam
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥
Jadi,apa yang kita dapat daripada eksperimen di atas? :)
(♥) Air panas diumpamakan sebagai musibah dan dugaan dalam hidup.
(♥) Lobak umpama mereka yg asalnya keras, tetapi setelah diduga ia menjadi lembik, lemah tak bermaya...
(♥) Telur pula seperti mereka yang pada mulanya bersifat lembut, tetapi apabila musibah melanda, mereka bertukar menjadi seorang yg keras hati ataupun berubah ke arah yang negatif berbanding diri mereka yg sebelum ini..
(♥) Lihat pula pada biji kopi.. awalnya tiada sebarang keistimewaan, cuma bijian yang pahit tetapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang lazat.
•✿.• Diibaratkan seperti manusia yg selepas menghadapi musibah, dia menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini sebagaimana kopi yg pahit itu menjadi air yg sedap dan digemari ramai...
•✿.• Kopi itu juga yang mengubah warna air itu menjadi hitam sepertinya...
•✿.• Ia tidak berubah kerana air panas itu, tetapi biji kopi sendiri yg mengubah warna dan rasa air itu...
•✿.• Begitulah diibaratkan seseorang yang tidak berubah mengikut persekitarannya, tetapi dialah yg mampu mengubah persekitaran agar mengikutinya...
~•♥•~•♥•~~•♥•
Kesimpulannya:
~mari kita sama-sama berusaha dan istiqamah untuk menjadi seperti biji kopi...
:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.♥ .:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.♥ .:|
(。 ◕‿◕。) Apabila berhadapan sesuatu ujian, kita akan mencorakkan ujian itu menjadi sesuatu yang manis dan sedap. Tanpa kita sedar, ujian itu sebenarnya didikan Allah yg mengajar kita agar lebih berkeyakinan dan lebih menghargai erti hidup ini. Hidup lebih bermakna jika kita sentiasa berdoa pada Allah agar dibesarkan iman untuk menghadapi tarbiyah Allah ini berbanding berdoa agar dikecilkan ujian yang menjadi asam garam insan yang beriman padaNya.
:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.♥ .:|:. ♥ .:|♥ .:| ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:. ♥ .:|:.♥ .:|
sumber: rakan di fb..;)..semoga memberi manfaat pada semua,insha ALLAH