..19 January 2006..
Pagi itu aku melangkah seperti biasa ke maktab..perasaan aku sama sahaja seperti hari-hari lain...masih lagi aku ingat,pagi itu juga aku mempunyai kelas Kemahiran Hidup(KH)...Kelas yg paling aku tak minat..tapi mujurlah pada masa itu..pelajarannya tidaklah berat..hanya perlu menghafal..dan kerja2 kayu tak lagi perlu difikirkan seperti tahun sebelumnya...
Kelas Cikgu Zuraidah..pelajar2 kat sini panggil dia Cikgu Zu..Cikgu yang paling rapat denganku..ada juga beberapa masalah aku kongsi bersamanya..Cikgu yang paling mesra dengan pelajar..dan sangat bersemangat..tidak hairanlah.PMR untuk matapelajaran KH,mendapat ranking tertinggi..dan semuanya lulus..Cikgu memang sanggup buat kelas sampai pkul 1,2 pagi di maktab..teringat balik..yang satu klas itu dibuat sehingga hampir pkul 2.pagi...kami pelajar balik beramai2 ke asrama..hmm..tapi bukan cerita itu yang ingin aku sampaikan disini..Seperti biasa kelas KH di bengkel..Aku ingat lagi..hari itu ialah hari Khamis..pelajar diberi kelonggaran untuk memakai baju kurung biasa..hari itu aku memakai baju kurung berwarna pink dan berbunga biru pemberian kaktik(penjaga yang aku anggap sperti ibu sendiri)...dan itulah kali terakhir aku memakai baju kurung itu sehingga ke hari ni..sehingga sebelum aku melangkah ke bumi para anbiya ini..ia masih tersimpan elok di dalam almariku..Baru 2/4 masa kelas..tiba2 Abang Bad(pembantu pentadbiran)..mengetuk pintu bengkel KH..semua orang terdiam..semua mata tertumpun ke arahnya...
“...Sapa Siti Aishah Bt Md Radzi..??”..
Jantungku berdegup laju...ragu2 aku untuk mengangkat tangan..betulkah nama aku yang dipanggil??..Abang Bad mengulangi soalan itu..ya..bukan keraguan..memang nama aku yang disebutnya...tapi kenapa??..aku ada buat kesalahan disiplin???...ak meninggalkan meja kayu itu..Ketika aku menghampiri Abang Bad..aku lihat wajahnya..wajah yang biasa dan tidak mempunyai perasaan..aku cuba menafsir..namun aku gagal..
“ Dia nie kena p pejabat..keluarga di ada kat sana”..Abang Bad menjelaskan kepada Cikgu Zu..
Keluarga???Mama?Abah?...
Setelah mendapat kebenaran..aku dan Abang Bad melangkah ke pejabat..di berjalan di hadapanku
“Keluarga??..Kenapa,ada apa Abang Bad??”..
“ P je la...,”..selamba menjawab tanpa dia memandang aku...tapi beberapa ketika selepas itu dia memandang aku..tapi aku tak memandangnya...namun aku mengesan reaksi wajahnya yang lain..
Dari jauh aku nmpak..Mama,Abang dan M...Abah xde...
????
“Kenapa mama??...Abah mana??”
Wajah mama seakan baru lepas menangis..merah wajahnya yang putih itu..namun tiada air mata yang bergenang..
“Kakak kena balik...mak Idah sakit teruk..dia kat hospital..”
Faridah..kakak kepada kaktik..yang juga aku telah anggap seperti ibu ku sendiri..kami banyak berkongsi minat yang sama..dia la yang menjaga aku ketika mama dan abah ke kerja..sejak aku berumur 2 tahun aku dihantar ke situ...Boleh bayangkan betapa rapat hubungannya dengan aku..aku memanggilnya dengan panggilan ‘mak’..seperti yang dia mahu..
Fikiran aku mula berputar kebelakang...7 hari yang lepas..
12 JANUARI 2006..
SUDAH 4 hari mak dimasukkan ke hospital..akibat penyakit yang dideritainya..ingin sahaja aku menemaninya di hospital..tak mahu ke maktab..menunggunya sehingga pulang ke rumah..namun memikirkan itu tahun terpenting bagiku..untuk menghadapai PMR..aku terpaksa juga melangkah pergi ke maktab..cuti Raya Cina telah tamat..
Wajahnya sugul sahaja ketika itu..tak seperti hari2 lain..dia ada juga tersenyum dan bergelak ketawa..namun semuanya dalam keadaan yang minimum..tak seperti dulu yang ku kenal..suka bergurau..bergambar dan suka melihat aku menari dan menyanyi..Aku masih ingat lagi pada tahun sebelumnya ketika dia baru sahaja menghidap penyakit itu..dia mengatakan dia malu kepadaku...malu jika aku melihatnya..ketika itu aku berbual dengannya di telefon..aku jadi bingung..ak tnya mama..dan mama beritahu, mak Idah sakit..tapi kenapa harus malu..???..
Bila tiba masa cuti..aku singgah ke rumahnya..walau hati aku bersedia..yelah,takut2 kalau dia dapat mengesan riak wajah muka aku yang mungkin akan terkejut melihatnya dan dia tersentuh...namun ternyata aku terkejut..tapi wajahku masih mengukir senyuman..tapi didalam ini terkejut..Dia duduk di sofa multipurpose memandang ke arah ku seperti menunggu reaksi aku...Aku memang tidak tahu apa yang terjadi kepadanya..namun aku telah mengagak....Akibat rawatan kemoterapi...mak keguguran rambut...
Pada hari itu..sebelum aku meninggalkan dia..dia memang berkelakuan pelik..dia tak banyak bercakap..dan reaksi wajahnya seperti memarahi aku..tapi wajahnya tidaklah berkerut...dan tidak juga merenung tajam kepada aku..saat ini aku ingat..aku mengucapkan selamat tinggal kepadanya..dia seperti tidak mahu melepaskanku pergi..aku tetap memandang kebelakang sehingga katil hospital itu lenyap dari pandangan aku..dan sepanjang ketika itulah..dia melihat ke arahku..aku ingat ia pandangan biasa sahaja..
19 JANUARI 2006..
Aku pulang ke kelas untuk mengemas barang2 ku..setelah itu aku ke bengkel untuk mengambil barang2 di situ pula selain memaklumkan kepada Cikgu Zu aku harus pulang..Entah kenapa..dalam perjalan aku dari pejabat ke bengkel semula..hati menjadi sebak..benar2 sebak..benar2 merenyuk perasaan ini..namun aku sembunyikan air mata yang meronta2 untuk keluar ini.. Semalam aku menelefon kaktik..aku minta untuk bercakap dengan mak..tapi dia kata mak tak boleh cakap sekarang nie..aku mendengar suara2 bising di belakang...Kaktik dengan suara yang menahan nangis berkata..
“Kak belajar elok2 naa..”..
Aku pula seperti tidak memahami keadaan yang berlaku..meminta lagi untuk bercakap dengan mak..namun itu sahaja yang diberitahu kaktik...pada fikiran aku, kaktik seolah2 menyembunyikan sesuatu dan tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar..aku rasa aku dipermainkan..why don’t just tell me the truth???..
Aku mengetuk pintu..rakan-rakan melihat aku..aku masuk seperti biasa ke tempat aku...
..
“ Kenapa,Sit??”..
“.....” sukar untuk aku berkata2..kerana mengeluarkan kata2 umpama aku akan mengeluarkan air mata juga..terlalu sebak..tidak cukup dengan pelbagai ‘kenapa’ yang bersarang di otak...tambah satu lagi ‘kenapa’..
Tapi aku gagahi untuk bercakap...menjaga hatinya..
“Aku kena balik...”..aku meninggalkan rakan ku itu tanpa penjelasan yang lebih panjang..kalau tidak akn tambah satu lagi kenapa.. ‘kenapa aku balik??’..
Aku kehadapan..Cikgu Zu membelakangi aku..sedang menulis seseuatu di papan hitam..dia tak mendengar suara aku memanggilnya..suara yang aku kawal..
“Ya,Sit...ada apa?”satu-satunya cikgu yang memanggil aku dengan panggilan yang sama oleh rakan2 yang lain..
“Saya kena balik..family tunggu...”..ketika itu la sebak yang ditahan tak dapat dibendung lagi..aku memalingkan tubuhku dari melihat Cikgu Zu..menyembunyikan air mata yang sudah jelas kelihatan..Cikgu Zu menarik tubuhku semula untuk memandang wajahnya.dia memegang kedua2 belah tangan ku...benar..aku tidak dapat berkata...aku tidak boleh memandang beliau..
“Mak saya sakit kat hospital...” itu sahaja yang keluar dari bibirku..aku memandang ke arah papan hitam..menyedari mata2 lain sedang melihat drama air mata dari kiriku..
“ Sabar ye sit...,” dia melihat aku...dan melepaskan pegangan tangannya..
“ Saya pergi dulu,cikgu..”.........
Aku melangkah keluar..Dalam perjalanan dari Kulim ke Pulau Pinang aku tidak mengesyaki apa-apa lagi..abang aku yang memandu kereta..sementara adik aku di tempat duduk hadapan..mama di sebelahku..Abang dan adikku juga dihantar kerumah mak dan kaktik untuk dijaga mereka..aku cuba menafsir sekali lagi..adik aku sempat membuat lawak..tapi keadaan masih suram..abang pula hanya diam meneruskan pemanduannya..apa sebenar yang berlaku ini..aku bertanya sekali lagi ,di mana abah?..mama menjawab abah sibuk...walaupun aku tidak mengesyaki apa2 tapi hati aku langsung tidak tenteram..
Tiba di Pulau Pinang...
“Kenapa tidak terus ke hospital??..Kata mak ada kat hospital....nak balik rumah dulu kot...” hati kecilku bersuara..
Rumah aku dan rumah kaktik tidaklah jauh.. sekawasan namun berlainan lorong sahaja..
Kereta Waja membelok ke kiri..melalui jalan ni,aku akan melalui rumah kaktik dahulu...dan...aku...nampak..beberepa buah kerusi plastic merah(yang selalu digunapakai dalam majlis kenduri) tersusun di beberapa sudut di hadapan rumah kaktik...aku mula tidak sedap hati..jantungku berdegup laju..dan saat itu aku terpandang...sebuah keranda kayu yang masih kosong diletak di beberapa kerusi merah...Bagaikan tak percaya..apa yang berlaku di depan mata..apa yang aku lihat ni???..aku turun dari kereta..aku lihat ramai tetamu..ada sebahagiannya aku kenal..sebahagian lagi tidak..aku terdengar juga bacaan yaasin..begitu berat kaki ini untuk melangkah masuk ke dalam rumah kaktik..aku lihat kaktik dia menangis..aku bukan bodoh...tapi aku masih berharap aku masih sempat untuk bercakap dengan mak...sekurang2nya untuk kali terakhir..sementara keranda kayu itu masih kosong..aku masih mempunyai harapan..namun harapan tinggal harapan..hatiku mula menangis..n mataku sudah bergenang..ketika aku melangkah melpasi tetamu yang sedang membaca yasin di ruang tamu..aku menekup mulutku..dan aku terpaku melihat sekujur tubuh yang kaku sedang dimandikan....Ya Allah!...
Beratnya kaki ini nak mengorak langkah..ya ,benar itulah mak..dia sudah tidak bernyawa lagi...wajahnya tenang sekali..seperti orang yang tidur..aku yang masih lemah untuk menghadapi semua ini..menangis semahunya..aku tidak meraung..tapi aku teresak...aku sudah kehilangannya..dia telah pergi buat selamanya..Kaktik juga tidak dapat menahan sebak melihat aku yang menangis..dia tahu aku sayang benar dengan arwah..dan begitu juga arwah...antara kami tiga beradik akulah yang paling rapat dengan mereka..terutama sekali mak..
Arwah mak suka menonton cerita kartun,cerita mexico..cerita Hindustan..dan hampir semua drama2 di kaca tv,..kami suka bergelak ketawa bersama2 bila menonton filem yang berunsur kelakar..Arwah menyukai warna merah...sama seperti ku..dan kami berdua pernah merancang..nanti bila aku kahwin nanti..tema warna ialah merah..dan arwah mak cakap arwah nak design baju untukku..sja suka2..dan arwah juga..bila mendapat tahu aku akn pulang cuti dari maktab..dia akan masak sedap2 untukku..masakan yang special..nasi tomato..aku paling suka kuah kacang dhal dibuatnya..aku selalu memintanya untuk menyuapku..air tangannya buat aku mahu tambah lagi..Sewaktu aku kecil dia suka pkaikan celak pada mataku..tak tahu kenapa..aku tidakla minat sangat untuk bercelak nie..dia juga banyak membelikan aku gaun2 yang cantik...gaun bertingkat warna merah...gaun yang paling aku suka..arwah dan kaktik juga pernah membawa aku ke kedai gambar semata2 untuk suka2..Selain itu arwah seorang yang kuat beribadah..tidak pernah meninggalkan solat dhuhanya..dan arwah akan mengajakku untuk membaca yaasin pada malam jumaat bersama2..Arwah juga suka menghadiri ceramah2 agama di surau yang berdekatan...
Kaktik menceritakan pada malam aku menelefonnya dan minta untuk bercakap dengan mak..ketika itu mak sedang nazak..dan mama memberitahu...mak pergi dengan senang dan tenang..sebaik sahaja mengucapkan kalimah syahadah...arwah pergi dengan tenang..dia tidak terseksa pun..
Dan kerana itu...aku sehingga sekarang tidak memakai baju kurung pink berbunga biru itu..hari itulah hari yang terakhir aku pakai..aku juga tidak boleh mendengar lagu ‘Because of You’ nyanyian Kelly Clarkson...kerana lagu itu sering diputarkan di radio di dalam kereta ketika aku dalam perjalanan ke hospital melawat mak ketika dia masih hidup lagi..dan beberapa bait lagu itu ada kena mengena dengan hidup aku bersama arwah..aku serta merta menyuruh untuk ditukar kepada frekuensi lain jika terdengar lagu itu akan dimainkan..aku tidak boleh..walaupun sudah 4 tahun arwah telah pergi meninggalkanku..dan pada malam aku kehilangannya itu, aku sedar pada keesokan paginya apabila aku bangun..dia telah tiada..meninggalkan ku untuk selama2nya...Al Fatihah..
p/s : Sayangi dan hargailah mereka sementara mereka masih ada di dunia ini..(^_^)..
0 comments:
Post a Comment