Jadi,apa yang kita dapat daripada eksperimen di atas? :)
(♥) Air panas diumpamakan sebagai musibah dan dugaan dalam hidup.
(♥) Lobak umpama mereka yg asalnya keras, tetapi setelah diduga ia menjadi lembik, lemah tak bermaya...
(♥) Telur pula seperti mereka yang pada mulanya bersifat lembut, tetapi apabila musibah melanda, mereka bertukar menjadi seorang yg keras hati ataupun berubah ke arah yang negatif berbanding diri mereka yg sebelum ini..
(♥) Lihat pula pada biji kopi.. awalnya tiada sebarang keistimewaan, cuma bijian yang pahit tetapi apabila dimasukkan dalam air panas, ia menjadi minuman yang lazat.
•✿.• Diibaratkan seperti manusia yg selepas menghadapi musibah, dia menjadi kuat dan mendorong diri untuk menjadi manusia yang lebih berjaya daripada sebelum ini sebagaimana kopi yg pahit itu menjadi air yg sedap dan digemari ramai...
•✿.• Kopi itu juga yang mengubah warna air itu menjadi hitam sepertinya...
•✿.• Ia tidak berubah kerana air panas itu, tetapi biji kopi sendiri yg mengubah warna dan rasa air itu...
•✿.• Begitulah diibaratkan seseorang yang tidak berubah mengikut persekitarannya, tetapi dialah yg mampu mengubah persekitaran agar mengikutinya...
~•♥•~•♥•~~•♥•
Kesimpulannya:
~mari kita sama-sama berusaha dan istiqamah untuk menjadi seperti biji kopi...
(。 ◕‿◕。) Apabila berhadapan sesuatu ujian, kita akan mencorakkan ujian itu menjadi sesuatu yang manis dan sedap. Tanpa kita sedar, ujian itu sebenarnya didikan Allah yg mengajar kita agar lebih berkeyakinan dan lebih menghargai erti hidup ini. Hidup lebih bermakna jika kita sentiasa berdoa pada Allah agar dibesarkan iman untuk menghadapi tarbiyah Allah ini berbanding berdoa agar dikecilkan ujian yang menjadi asam garam insan yang beriman padaNya.
"Ah, kalau tidak ingat bahwa kelak akan ada hari yang lebih panas dari hari ini dan lebih gawat dari hari ini. Hari ketika manusia digiring di padang Mahsyar dengan matahari hanya satu jengkal di atas ubun-ubun kepala. Kalau tidak ingat, bahwa keberadaanku di kota seribu menara ini adalah amanat. Dan amanat akan dipertanggungjawabkan dengan pasti. Kalau tak ingat, bahwa masa muda yang sedang aku jalani ini akan dipertanyakan kelak. Kalau tak ingat, bahwa tidak semua orang diberi nikmat belajar di bumi para nabi ini. Kalau tidak ingat, bahwa aku belajar di sini dengan menjual satu-satunya sawah warisan dari kakek. Kalau tidak ingat bahwa aku dilepas dengan linangan air mata dan selaksa doa dari ibu, ayah dan sanak saudara. Kalau tak ingat bahwa jadwal adalah janji yang harus ditepati."
-Dipetik dari Novel Ayat-Ayat Cinta,Muka 6-
Dialog yang diucapkan Fahri.Fahri sebenarnya ingin keluar rumah untuk talaqi Al Quran bersama Syaikh Utsman.Namun cuaca pada hari itu sangat panas dan tempat untuk dia bertalaqi itu tidak berhampiran flat yang didiaminya.Namun itu telah menjadi rutin baginya.
Hari ini..hari rabu...minggu lepas pada hari yang sama...setelah hmpir seminggu perut ini mengadu sakit..pagi butanya pada hari rabu itu aku terjaga pada pukul 3 pagi..akibat rasa sakit yg amat..sehinggakan aku masih mengerang sakit...dalam hati berkata mungkin aku mengalami keracunan makanan..sudahnya, pagi itu aku diarrhea dan muntah...pahit kelat...(weyh, korang nk jadi doktor...xyah nk geli geleman)..pagi itu ak merasakan aku masih ada daya untuk ke kelas..ditambah aku mengingati bait2 di atas..bait2 yang diungkapkan Fahri..ia meniupkan sedikit semangat untuk aku ke kelas..ak mengingati,amanah2 yang ak bawa...wajah riak ibu bapa yang bersusah payah mencari dan berusaha untuk mendapatkan pinjaman bg meneruskan pelajaran aku di sini..namun x sampai tamat satu kelas.iaitu kelas anatomy..aku sudah mulai kurang memberi tumpuan..perut sakit dan terasa mahu muntah lagi..dek kerana ak menahan untuk tidak muntah dan perutku..aku langsung xdapat memberi tumpuan..pada waktu itu aku hanya berharap waktu berlalu dengan pantasnya..kerana aku x dpat menahan lagi..otak masih lagi ligat berfikir untuk aku skip kelas yg seterusnya..untuk berehat sebentar..kerana aku pitam..aku memesan kepada Nabila.yang aku mahu berehat di muzium..dan akan mengikuti kelas yang selepasnya..namun ku lihat ramai pula org di muzium..tiada kerusi rendah untuk aku duduk(supaya lebih selesa untuk meletak kepala di atas meja)..Ezza dan nabila mengikuti ku..sehinggalah mereka memberi cadangan untuk aku pulang ke rumah sahaja..sekurang2nya aku boleh baring..rasa sakit perut dapat dikurangkan jika kita berbaring..aku berkeras sedikit..tapi memikirkan aku mmg x dapat nk meneruskan..aku akur untuk pulang..sedar, kelas seterusnya masih ada 15 minit lagi untuk bermula..bermakna harapan aku untuk kelas itu habis awal termakbul..namun, masa itu juga terasa begitu lama dilalui..akhirnya aku ditemani Ezza untuk pulang ke rumah...insha Allah...Islam itu agama yang mudah...Islam tidak memaksa untuk melakukan sesuatu sehingga diri sendiri terabai..namun, selagi kita mampu berfikir, berjalan..cubalah laksanakan amanah besar ini...amanah dari kedua ibu bapa kita..jgn suke2 hati skip kelas(ini point aku!)kalau xde pape keperluan penting.teringatsoalan Imam Al Ghazali kepada anak2 muridnya..
p/s: bila kita diarrhea ,keracunan makanan...kita muntah..sebab kita muntah untuk mengeluarkan acid berlebihan dalam badan.dan bila kita muntah atau cirit-birit..kita akn kehilangan air..dehydrated..sebab tu kita pening..susah nk bg tumpuan..muke pucat dan rasa sangat x selesa atau lemah..
Seperti biasa agenda pertama ,pembentangan hadith oleh sahabat Hafidzatun Hasaniah. Hadith yang dipilih untuk minggu ini adalah berkaitan Kelebihan hari jumaat.Semoga kita mengambilnya sebagai panduan..Insha Allah..
Ana akan menjelaskan kelebihan2 hari jumaat melalui hadith2 diperoleh yang banyak menceritakan tentang kelebihan penghulu segala hari ini..ana akan menyenaraikan mafhum2 hadith tersebut...insha Allah
Hadith pertama- Maksudnya: Sabda Nabi SAW: 'sesiapa yang mandi pada hari jumaat akan dihapuskan segala dosa-dosa dan kesalahannya'
Hadith kedua- Maksudnya: Sabda Nabi SAW:'Sesungguhnya hari jumaat dan malamnya mempunyai masa sebanyak 24 jam ,dan Allah SWT membebaskan setiap satu jam seramai 600 000 orang hamba daripada api neraka."
Hadith ketiga- Maksudnya: Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat tanpa keuzuran, maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar emas, sekiranya tiada maka hendaklah dia bersedekah dengan setengah dinar emas"
Hadith keempat- Maksudnya: Sabda Nabi SAW:" Sesiapa yang meninggalkan tiga kali jumaat berturut-turut dengan meremehkannya,maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima kebenaran."
Hadith kelima- Maksudnya: Sabda Nabi SAW:" Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran akan dimasukkan ke dalam golongan munafiqin."
Hadith Keenam: Maksudnya: Sabda Nabi SAW:"Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malamnya akan dibebaskan daripada azab kubur."
Hadith ketujuh: Maksdunya: Sabda Nabi SAW:"Sesiapa yang menegur sahabatnya pada hari jumaat sedang imam berkhutbah dengan berkata,Diam! atau bercakap-cakap atau bermain-main atau memberi isyarat dengan tangannya atau dengan kepalanya maka dia telah melakukan perkara yang tidak berfaedah dan barangsiapa yang berbuat demikian maka tiada(pahala)jumaat baginya."
Hadith kelapan: Maksdunya: Sabda Nabi SAW:"Mandi pada hari jumaat wajib kepada setiap orang yang baligh"
-wajib bukan bermaksud wajib fardhu ,bahkan ditakwilkan(ditafsirkan) wajib dalam perkara sunat /maruah dan akhlak yang mulia. -Hadith ini merukan hadith ke 879,dikeluarkan oleh Al-Bukhari ,Kitab Jumaat, Bab ke 2
Hadith kesembilan: Maksudnya: Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang sempat solat jumaat maka baginya di sisi Allah SWT seratus pahala orang mati syahid."
Pengajaran hadith bab Kelebihan hari jumaat ini:
1.Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.Pada hari itu akan digandakan pahala bagi orang yang beriman dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam kitab AL Quran dan Al -Hadis
2. Solat jumaat pada harti jumaat dengan penuh khusyu' dan penuh teliti semasa imam membaca khutbah maka pahalanya seolah olah mendapat seratus pahala syahid.
3. Seseorang yang meninggal dunia pada hari atau malam jumaat dengan kalimah 'Laila haila Allah Muhammadur Rasulullah SAW,maka dia akan dibebaskan daripada azab kubur.
sumber hadith adalah dari buku yang bertajuk '400 HADITH RASULULLAH SAW:FADHILAT AMALAN HARIAN MUSLIM' karya Muhammad Zulafaka Abd Lah.. yang ada dijual di dewan darul wehdah insha Allah ada stok lagi..ana x punya buku ini..hanya meminjam dari teman se SC,saudari Asiah Ummu Hasniah
Pengajaran yang ketiga dipanjangkan lagi oleh Kak SC ana..Kak dura..peringatan beliau tentang,"persiapan menghadapi hari mati".iblis dan syaitan itu akan menyesatkan manusia sehingga ke akhir hayat.Syaitan mahu mengkafirkan kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir dengan tanpa menyebut nama Pencipata sekalian alam.Syaitan menjelmakan dirnya kepada pelbagai rupa misalnya menjelma sebagai orang yang kita sayangi seperti ibu,bapa,datuk atau sesiapa sahaja.Dengan penjelmaan menyebabkan kita sukar untuk mengucap kerana jelmaan itu akan menghasut kita untuk mengikutinya yakni ke jalan yang dilaknat .dan keadaan kita pada hari kematian kita itu aiaitu sewaktu kita nazak bergantung dengan keimanan dan ketakwaan kita pada hari ini.Jika iman mudah goyah,hati mudah luluh,maka senang sahaja umpan yang dicampak akan dapat hasilnya.Kata Kak Dura..ajarlah orang yang ketika nazak itu mengucapkan 'Laila Hailla Allah Muhammadur Rasulullah', satu persatu..at least menyebut perkataan 'Allah'.
Sekian dulu...
p/s: Kak dura cakap ,ana boleh pegang watak ibu tiri...huwaaaa!!!!!!!!!!garang sangat ke saya nie?????
Mukadimah yang x seberapa...ahahhaah...ok!kalau korang tak tau cter yang paling HOT sekarang nie about IMARAH HIJAU..memang Paleolitik...151210..perghh, takkan aku lupa tarikh keramat nie..malah lebih keramat dr tarikh aku bertunang..atau khwin(aku bohong...ahhaha)
Ok,bagi yang tak tau...yang blur2 lagi...
“oh...saya kat mana ni...??”<---dialog biasa yang ader kt dlm drama bile orang pas accident masuk hospital..da accident mestilah masuk hospital, xkan kat ALAM MARKET la..
Nk cternya,imarah hijau menghadapi musibah..MIM SOT RO...musibah,sabar,redha...aku akn cerita dari sudut aku...walaupun ak berada di tingkat paling atas...
Time tu aku tgah iron...dah iron kain, baju..tinggal tudung je,...tgah iron tudung la nie..
Tiba2....
Krouk...knroukkk...nbshddahaoyuuuuulkk...bunyi yang kuat..p/s:maaf ak ta reti nk eja bunyi tu,,,tapi apa yang aku tau...kena ada banyak huruf vocal o dan u..
Bunyi cam benda yang jatuh berguling2 atas tangga...sakonah(pemanas air) kah??tapi takkan sakonah yang ada kat toilet bley terlepas keluar ke tangga..moreover, ada orng tgah menjerit..aku mmg tak tahan n x suka..bile orang menjerit..sebab kalau contohnya black out..mesti ada org menjerit bukan main,,walhal black out ja(nie time kat asrama dulu)..tapi an..time aku iron tu..ak dapat rasa satu cahaya dr belakang aku..dan pada hemat aku sekrang itu mungkin meter yang meletup,apinya nyala sampai atas..ok! aku buat relax lagi...tapi beberapa saat pas tu..bunyi yang sama,,lagi jelas...n suara org menjerit bukan jerit biasa..tapi jerit takut...then, iron aku terpadam..nurul keluar tgk kat bawah..ok,asap da berkepul naik atas..n api tiba2 cam menyambar dan hilang...pastu tinggal asap...semua cam get panicked..asap cam da byk giler kat bawah..so ramai orang pk, main gate imarah hijau, x bley bukak...n semua diarahkan naik atas sutuh,,,...ak cam percaya x percaya...dalam duk panic tu nmpak la..kawan2 dari floor bawah..naik sutuh..peluk laptop, passport..
And aku terdengar ezza n ada...said...
“bawak barang berharga korang..”...
“barang berharga??apa weii....”kata aku
“passport...duit...”
“passport??”
Masuk dalam cari passport...aku tau kat mana..cumanya, orang dok suruh cepat..ak rse cam lmbat je nak amek..lalu ak capai je peak dapat..
Tu yang jadi dialog kat ats tu.
“apa brg berharga aku??”..
Pengalaman yang aku nk kongsi kat sini..bile perkara2 mcm nie berlaku..ia akan menjadi redha ngan sendirinya...nyawa itu lebihpenting..
Then x lama pas tu...ak tgk semua orang yang naik sutuh turun...diorang nak kuar imarah...take risk!..sebab mmg lg bahaya kat atas...mmg risiko besar sebab kitorg cam x sure whether api bole menyambar ke x lagi...n on that time dah ada org kol ustaz...ak mmg bengong2 lagi..nk bawak pe...last2 aku bawak handphone n buku anat..kitorang baru realize rumah tingkat paling atas n paling bawah adalah paling bahaya..bawah bahaya sebab, meter yang meletup tu betul2 depan rumah diorang..dinding meter tu share dgn dinding bilik utama rumah 1..rumah atas plak..boleh jadi lambat kami tau..adalah sgt berisiko untuk turun ke bawah kalau keadaan menjadi lebih teruk...alhamdulillah..umur kami masih panjang..
1st experience..
Aku turun bawah ngan menutup hidung...nk tutop mata..takut x Nampak jalan..gelap kan, ngan asap sekeliling..asap masuk hidung...kena mata,berair!...yelah,selalu tgok dalam filem ja,,sekrang da aku dpt rasa sendiri..nasib da recover from asthma..turun bawah..keluar...wah!cerah...rasa cambaru keluar dari hospital terbengkalai /terbiar...tgk da ramai org kat bawah..kami antara last yang turun..nmpak orang2 arab duk baiki2 n ustaz...terharu..*_*..ahahah...rasa macam seorang(eh x ..dua orang) bapa pula..”apppaa”..time tu mmg keadaan da terkawal sket..cume tinggal asap..
Tak lama tu...polis datang..bomba pun...hebat tak??...ahahhahh...tapi lori bomba x dapat masuk sebab..laluan sempit..jadi bomba berjalan masuk..mgkn xdepape sgt..jadi bomba pun..pun apa ya...ahahha..ak x sure r die balik ke x pastu??..ape kes ak nk ngadap bomba tu je...byk benda lain nk pk..ahahah...trauma tau x..trauma???semua cam pk...brpe lama benda nie akn bertahan...then x lama pas tu asma..anak perempuan baba pulang ngan keretanya...wajahnya yg serius langsung x menakutkan kami..ehhehe...pastu dia pun kuar balik,,polis amek report...sejuk kowt kat luar tu...dah la pagi2..sat g nya ada exam anat...kelas nk start lagi setengah jam...
Beberapa minit kemudian, asma(asal nama ko asma hah???da nama mcm penyakit aku je).. cakap da boleh naik atas..semua da ok..kami pun beransur naik..time nak naik tu aku sempat usha depan rumah 1..memang papan meter da tercabut..siling hitam...lantai, tngga..yang da sedia ada berhabuk,bertambah habuk lagi..bukan habuk..debu wei...
SUDAHNYA....
Kelas biochem batal..anat pun..dan yang paling penting untuk hari itu..exam anat postponed minggu depan..nie semua ehsan dari kawan yang da ada kat gamaah mintak excuse..arigatou gozaimas,ne...
TERHARU LAGI AKU BILA....
Aku dengar cter ..doktor Amal(prof.anat) dtg...terharu weiii...huhuhu..baiknya org mcmnie..tak maksud aku..mungkin kalau U lain..kat Negara lain...mgkn korang lagi rapat ngan pensyarah korang berbanding kami..tapi bila benda yang jadi sekali nie, mmg sangat lebih dihargai...dan menyntuh perasaan..actually benda jadi dlm pkul 9.15 ke 9.30 camtu...kelas biochem start pkul 10 sampai pukul 11..pkul 11 kelas anat..then ada exam anat...alhamdulillah, prof2 memahami..nak kata kami nie mungkin x dak pape sgtla...tapi trauma yang dihadapi ahli rumah 1, bayangkan la...kami yang duk katatas buleh dengar bunyi tu..nie tmbah yang betul2 kat sumber bunyi tu..
Malam tu..kami diarah unutuk kosongkan imarah demi keselamatan..kami pindah tumpang rumah orang lain sat...pindah umah atok..ahahha..a.k.a Nadiah aziz..atau Nadia tolak...SEBAB..dia panggil aku..SITI SIFIR..btw, siti maksud dia nenek...sebab tu aku pnggil dia atok..rumah dia x jauh dr kami..depan je..da siap masak untuk kami..thanks,Nadia....tolak...ahahhaha..
p/s: ‘terima kasih’..’maafkan saya’...ayat biasa dalam hidup kita..
p/s 2: ada orang cakap, kalau berita kebakaran nie msuk paper mesti tajuk dia mcmni..'IMARAH HIJAU..TAK HABIS2 DENGAN MASALAH'..aahhaahha
Assalamualaikum...korg semua mesti kenal Maya Karin kan??...*tapi Maya Karin x kenal korg*...sometimes we know it doesnt makes any sense...-___________-...hooo..Setiap org dari kita ini..mempunyai Qarin..........tau ke kamu spe Qarin tu???...Meh nk stowi sket..
Siapa Qarin??? Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir. Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan. Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Qarin ISLAM??? Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim) Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim) Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi) Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Bila kita akan berpisah dengan Qarin??? Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
haa...kali nie ana nak bg input yang ana dapat dari ustaz yang datang kat MIS..ustaz Azrul...dia ana rasa orang utara kowt...haha...se geng(oppps,saya tidak mngamalkan assobiah di sini)..Ustaz nie dia ske bercerita...time ana pergi nie..n ape yang ana nak sampaikan nie..dia menceritakan bab 'Adab- adab orang belajar dan mengajar Al Quran'...disebabkan beliau ini tersangatlah ske bercorite..dia elaborate satu point je..tapi memang bermakna jugakla...ilmu yang baik kan..x membazir pown..ana da lama nak post menda nie..tapi..tertangguh2..haha..Mungkin tak berapa proper..maaf..tapi Insha Allah..sedikit sebanyak boleh mengisi kekosongan hati..
1. Mempunyai masa dengan anak murid
point pertama dia IKHLAS..katenya...IKHLAS itu sukar dicapai...tiada siapa tahu...even kita sendiri pun tak tahu adakah kita benar2 ikhlas atau tak..ikhlas hanya DIA saja yang tahu..sampai atau tak...yelah hanya dia Maha Mengetahui tahu...contohnya la kan kawan kite mintak tolong dengan kite dan dia mungkin ada ckp,"ikhlas ke x tolong aku tu..??" Hakikatnya tiada siapa yg tahu,,walau nmpak x ikhlas sekalipun, penilaiannya tetap pada Allah.Oleh itu dia ada syorkan..MULAKAN setiap PENULISAN dengan Hadith Niat...ana kira blog sebagai wadah/medium penyampaian kita nie.dalam mengutarakan pendapat kita...termasuk sekali dalam kategori penulisan yang dimaksudkan..yelah mgkn kite ada blog..nk smpaikan perkara2 yang baik..niat tu mesti penting..
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
Dalam Hadith 40...NIAT diletakkan pada tempat yang pertama..apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan..kita akan dapat berdasarkan dengan apa yang kita niatkan..HADITH di atas merangkumi 1/3 ilmu ISLAM..
“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.” *Berniat baik pown da boleh dapat pahala..namun perlulah berserta dengan azam dan perbuatan..
“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.” Ustaz kata..Niat untuk mencari keredhaan Allah S.W.T...KOMITMEN semata2 untuk ISLAM..lakukan perkara itu semata2 dengan NIAT..Ustaz itu menceritakan yang...'ada segelas air kosong..air minuman biasa putih...dihadapan kita..kita minum dan meniatkan ARAK..walhal itu hanya air biasa..maka hukumnya haram...kerana apa yang dilakukan berdasarkan niat'..
Fokuskan KEBENARAN dengan NIAT kita (HANYA kerana ALLAH Taala)..beliau syorkan niat taqqarrub ini..insha Allah dapat ikhlasnya..Taqarrub bermaksud mendekatkan diri dengan Allah~kita harus melakukan amalan kita dengan ikhlas..walau sukar dicapai..berusaha untuk mencapainya..jangan kerana ingin mendapat pujian dari manusia(moga ana dijauhi daripada golongan ini)..menyucikan perbuatan daripada pandangan dan perhatian makhluk lain...ustaz tu ckp lagi...ada seorang tokoh..nama apa ,maaf ana lupa...tokoh nie berkata,' Benda paling susah dalam amalanku untuk dicapai ialah IKHLAS'...
3 TANDA IKHLAS ~ oRANG PUJI ATAU KEJI...SAMA SAHAJA TAHAP AMALANNYA ~mELUPAKAN AMALAN BAIK YANG DILAKUKAN ~ mENGHARAPKAN BALASAN DI AKHIRAT..
Ada PEPATAH inggeris... “Sincerity can’t be measured, but it can be tested“
DI akhir2 pertemuan ustaz tu bagitau lagi .
Meninggalkan amalan baik kerana manusia ialah RIAK Contohnya...kawan2 sindir atau perli kita pakai serban...kita rasa segan n malu..pastu tak pkai dah..phm kan?'