Saturday, April 16, 2011

Egypt's Tsaurah..Peluang aku Syahid


"This revolution neither religious revolution nor politician revolution.."

So, where they are heading to???..

Aku baru pulang dari dewan ilmu itu....
dan kini aku mencoretkan nukilan...

Di saat temanku yg sudah bersedia utk dibuai mimpi mereka......

Syukur Ya Allah...kerana aku dan yang lain masih bisa
merasa udaraMu, nikmatMu,rasaMu...
'
Alhamdulillah

hatiku benar disentuh lalu memecah kilang air mataku

melihat rakyat di sini begitu kuat dan tegar menentang pemimpin mereka..
menimbulkan kekuatan dan kelemahan dalam diri ini..
kekuatan menaikkan semngat yang mgkn hanya seketika
dan kelemahan hati yang masih rapuh imannya


Trak yang sengaja melanggar orang ramai ketika demonstrasi dijalankan..kejam!

Mesir...
sebelum revolusimu,,selepas revolusimu..

aku masih seperti dulu..aku tetap menyayangi saudaraku di sini

kanak-kanak dan datuk2 berusia itu begitu menggamit jiwaku...
aku menahan nafas apabila aku melintasi mereka..
melihat kepayahan keperitan yang terlakar di wajah..
seperti menarik jantungku ke bahagian yang paling dalam..

"apa yang aku boleh lakukan??" monolog aku kepada diri

adakah dengan hanya menghulurkan sedekah yang tidak seberapa..
melemparkan senyuman
mendoakan mereka....
adakah itu sudah cukup memadai??...

benar hatiku rasa berat untuk pulang ke tanah airku pada ketika itu ..

meninggalkan kamu...aku khuatir.
aku khuatir keadaan bisa menjadi lebih buruk selepas ketiadaan kami..
apa yang akan terjadi kepada pakcik yang mengensot di tgah panas merintih simpati
bagaimana dengan datuk tua dengan tangan yg terketar2 mengeluarkan wang yg tinggal hanya Le10 sahaja di dalam bank nya itu...
bagaimana nasib anak kecil yg murah dengan senyuman yg kerap aku melihatnya semasa turun dari rumah ku..

tiada satupun rakyat mesir akan melupakan tarikh ini
aku merasai sayang itu ada,,,
sayang aku kepada bumi yang waktu ketika dahulu..
agak asing bagiku...
harapan dan doaku sentiasa ada walau jarang ku butir..
selicik2 perancang Yahudi mahupun gerakan syaitan sekalipun..

Allah itu maha Besar dan Dia lah perancang yang terbaik..

apa yang terjadi di langit dan bumi..Qada dan Qadar..pelik atau benar...

Dia lah menjatuhkan, dan Dia jugalah menaikkan..
tiada apa yang mustahil jika itu kehendakNya..

lembutkan lah hatimu wahai teman..
Ingatlah akhirat..
sematkan ia sentiasa dalam lubuk hatimu..

bukan kerana ia DEKAT dengan mu..
Tapi kerana kamu sudah JAUH dariNya..





p/s: ini luahan hati saya..

0 comments: