Showing posts with label scenery. Show all posts
Showing posts with label scenery. Show all posts

Saturday, December 4, 2010

Feelin' like in oversea...london maybe?



Aku baru tahu...tajuk lagu tema untuk cerita itu ialah..’the mermaid who loved the shark’p/s menyempit: sebenarnya ak da lama cari lirik lagu itu dlm English..tapi tak jumpa.tapi sekrang da jumpa!..lagu itu sgt sedih(bukan aku..ahaha)dan bermakna..tapi walupun cerita itu paling best tapi lagu tema yang bertajuk,’SEBAB’ dan ‘DOA’ itu cerita paling sedih(ini aku sedih)..setiap episode membentuk laluan basah di pipi(kalau tengah baring mungkin di laluan zygomatic arch)..mungkin bukan kerana cerita itu sedih(tapi mmg pun).tapi mungkin kerana hati ini mudah tersentuh..bukan aku sahaja yang kata..kawan2 yang lain pun kata..jadi kami memang budak tersentuh....

Atas tu selingan je...sekarang bentuk santai ,aku nk cerita percutian aku di ALEXANDRIA..cuti raya haji 8 hari itu aku habiskan 3 hari daripadanya di ALEXANDRIA..ya!aku akui tempat itu mmg cantik...dari zagazig..tapi kamu tahukan??..walau kemana kaki ini melangkah..yang pertama tetap di hati,,tetap rasa nk pergi untuk balik ke zagazig semula..rasa nikmat untuk smpai ke tempat asal sangat dinantikan..ehhh, pehalla cter time da balik ni..

Dalam perjalanan kesana yang memakan masa hampir 3jam di dalam pijot buat aku rasa mcm cabut pintu dan pasang penghawa dingin...PANAS!!ak duduk tempat biasa aku..di tepi tingkap..bukak tingkap, tudung pulak herot nanti....*oh, org depan pakai iphone*..ahhaaha..tapi sekrang hanphone semua da macam iphone..skrin besar..lebar ketepi kebawah..skrinsentuh,jadi saya kata itu iphone..ak byk tido dlm pijot..dan aku berharap kepala aku x senget selamanya bila keluar dari pijot nanti..tapi sebelum itu nabila yang disebelah ak meminta aku untuk melihat ke arah luar tingkap dan bertanya apa persamaan antara pokok yang di di sepanjang jalan raya itu...ak melihat..ya , aku tahu ada persamaan..tapi ak x dpat nyatakan apakah persamaan itu sehinggalah nabila memberitahu..semua pokok2 itu senget ke sebelah..ke arah yang sama pula tu..lucu!itulah keunikan ciptaanNYA..


Kami tiba di ALEX..dan terus ke hotel untuk check IN..aku kira hotel itu mmg popular dikalangan ‘pelancong’ seperti kami untuk menginap..hotel semalam hanya LE15..sngat berpatutan..ini kali pertama aku mnginap hotel di bumi mesir ini..dan hotel ini seprti asrama...toilet dan dapurnya di luar bilik..bermakna ia berkongsi dengan penginap2 lain..seorang lelaki yang ak kurang pasti umur dia berapa(mungkin 50)..tapi merupakan tokey hotel itu, membawa kami ke dapur dan toilet di situ..aku memuji ‘KUWAYYIS’..dan dia bertanya siapa nama aku..dan ak menjawab ‘AISHA’..sebutan AISHAH atau AISHA..org arab tetap akn sebut semula tnpa bunyi H dibelakang..aku kira dia suka nama aku...dan berkata sesuatu sambil mengangkat kedua belah tngannya(doa)..mungkin kerana mereka menyanjungi jujungan nabi Muhammad S.A.W. seterusnya kami ke bilik...disebabkan kami tiba pada waktu petang..warna laut nya tidak menarik perhatian aku..sama seperti warna laut di Malaysia..bewarna terqoise gelap..bilik kami punyai balkoni, dan dapat melihat pemandanga laut..




bangunan di ALEX..


Semasa sebelum naik ke hotel , kami terserempak dengan seorang pelancong lelaki..kami kira dia dari CHINA atau TAIWAN..mulut dan jari telunjuk yang pantas ini beraksi..”eh”..dan dia melihat kami...orang Malaysia??? Dia bertanya..kami macam excited sikit tak byk jumpa orang Malaysia...dan dia bertanya ada org johor kat sini...,semua melihat ke EZZA..oh dia berasal dari JOHOR..dia membahasakan dirinya ‘aku’..sebelum dia keluar dari bangunan hotel tu,” aku nak kuar kejap nk cari makan*smbil menyentuh perutnya* lapar..” dia seorang peramah..dan aku belum tahu namanya..

Ramai giler org kat foodcourt

Malamnya kami decide untuk lepak di tepi laut..merasa angin malam di situ...bagaimana ya??..aku panjat batu tebal itu, dan bersila di atasnya..sambil makan French fries yang dibeli di city center tadi..kami kesana tadi untuk cari makan...LAPAR!..itu pun ramai,,maklumlah hanya di FOODCOURT..mata aku nie mmg meliar...ak pandang ke kekiri..dan melihat sesorang yang kelihatan seperti rakan sekelas di maktab dahulu..sekali lagi mulut dan jari ini pantas beraksi..”eh”..lelaki itu mengalih kebelakang..oh! lelaki cina tadi...hahaha..rezeki kami berjumpa dengannnya lagi...kami semua berbual pnjang dengan dia..dari perbualan kami..baru lah kami tahu nama dia YEE...dan seorang tour guide(PEMANDU PELANCONG) di Malaysia..katanya dia akn bercuti selama bebrapa bulan untuk sekali dalam 4 tahun..YEE kata” ak selalu bawak orang melancong..sekrang aku pulak nk melancong”..menurut YEE...tahun ini dia memilih untuk ke benua arab..dan ini paling jauh dia penah pergi..sebelum ini hanya di Thailand dan KOREA...sebelum tiba di MESIR..dia sudah jelajah, Jordan, turki,Syria,India, Tibet,Pakistan dan seterusnya jika aku x silap..dia akan ke sudan pula..dia menceritakan pengalamannya di sana...katanya di India tempat yang cantik ialah di Jaipur..dia juga ada bagitau ada tempat yang menjual aiskrim di slaah satu Negara yang dia pergi...aku seronok mendengar pengalaman orang lain..ak kira ia satu pengalaman bagi aku juga..KELUARLAH!supaya kau tahu budaya, cara hidup,keunikan budaya lain..dan pasti kaau akan dapat sesuatu darinya..dia memuji perempuan2 di SYRIA..dia kata cantik2..tapi lelaki mereka tidak hensem..kami bergurau dengannya dengan mempromote zagazig,”mai la zagazig...kat sna laki hensem, perempuan pun cantik”..ternyata dia juga antara yang kebanyakan tidak mengenali zagazig.dia juga mmuji orang di Jordan (atau turki atau x pasti)..katanya,” orang kat sana tak macam org kat sini..tipu2 talak...u aaa,kalau u pelancong berdiri tepi jalan bukak map, orang yg bawak kerete akn berhenti dan tanya mana u mau pegi..dia bawak u pegi sana ooo..’ banyak lagi pengalaman Yee di luar Negara..di korea di telah mencuba KIMCHI..aku cepat..”HAAAA..,’kerana aku ingin bertanya sama ada dia ada cuba makan kimchi x??popular kowt...

Ok habis cerita hari pertama...hari kedua mungkin lebih letih dari hari semalam...paginya,aku ke balkoni untuk melihat pemandangan pagi,,SUBHANALLAH...lautnya biru yang ak tunggu..kedua hati ini tersentuh..bukan apa..sebelum kami keluar untuk ke lif kami akan melalui ruang tetamu(yang dilelngkapi dengan kerusi tetamu dan sebuah televisiyen) yang menjadi tempat lalu lalang..aku lihat pakcik tokey itu tidur di laluan itu dengan selimut yang hanya cukup menutupi tubuhnya yang sederhana besar ,isterinya duduk ditepinya(atas lantai) bersama dengan seorang lagi ank lelaki mereka..ak rasa sedih..tiada tempat tidurkah??atau mmg mereka tinggal disini..dan tiada tempat tidur...bergantung rezeki dengan ada tiada orang yang dtg menginap di hotel mereka..payahnya dia mencari rezeki...rezeki yang halal...ak benar2 mahu berbual dengannya lagi..namun, bahsa tempatannya aku belum fasih..melihat wajah seorang demi seorang,ayah,ibu dan anak...ak katakan bukan cerita romantic ROMEO dan JULIET adalah cinta paling agung..tapi cinta kasih seorang ibu,ayah,isteri,suami dan anak seperti ini ialah contoh yang paling baik..dari sudut pasangan semua isteri..tua serta susah senang bersama mencari rezeki..dari sudut anaknya..yang sanggup membantu ibu bapanya bekerja dengan budi pekerti yang baik...dia tidak seprti kanak2 yang lain mampu berlari bermain bersama kanak2 lain yang seumur dengannya...


SUBHANALLAH!!!!!!!!

Aku tinggalkan kisah yang memberi kesan di hati itu sebentar..

Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki tremco ke Farouk Castle..dengan bayran hanya sebanyak LE6..sgt berpatutan...luas sungguh perkarangan istana itu..sangat cntik..banyak pohon kurma ditanam..Farouk castle ini dibina di tepi laut..dan disinilah aku temui rumah idaman ku..ahha..bukan istana,,tetapi rumah batu yang bersaiz sederhana yang terletak di tepi laut..mungkin rumah penginapan untuk pelancong di situ..halaman rumahnya sederhana besar..berumput hijau..dan mempunyai buaian yang berbentuk sarang burung...













Gila bolaa!!mana2 pun bole serbu...


Bila langit dan laut bersatu....

'
rumah tumpangan di persisiran pantai

Today was a Fairytale..

Seterusnya, hampir 2 jam juga kami disana..kami ke library..ak terpegun melihat perpustakaanya yang unik senibinaannya..yang bertingkat2 seperti tangga banyak pelajar yang menjadikannya sebagai tempat untuk study group,melayari internet,dan revision..aku percaya pelbagai buku yang boleh diperoleh di situ..perpusatakaan yang luas seprti itu, pastikan memuaskan hati...dan setiap rak buku ada dilengkapi cahaya lampu putih..menjadikan tempat itu lebih menarik..namun kata tira..library UTP lebih hebat..di situ juga terdapat brg2 bersejarah..seperti ‘memorial plaque’, ‘list of prisoner in 1912’, tulisan khat,sample of letter box,dan mesin type dahulukala..lama jugak di situ,,sekitar pkul 2 kami pulang ke hotel...kami bertembung dengan tokay hotel dia kebetulan berada di laluan di ruang tamu..dan sempat bertanya pada aku,”izzayik aisha??”..aku yang dalam kelam kabut,bersembang ngan orang sebelah hanya sempat senyum dan mengangguk...izzayik ialah bahasa pasar(ammi) untuk kaifahalukum(fushah)..letih benar kami...malam itu kami hanya berehat..di hotel..namun selepas isya’ kami mengambil keptusan untuk keluar malam, bersiar2 di sekeliling bagunan..dan berdekatan dengan bagunan itu terdapat sebuah patung yang dikelilingi taman...


bumbung library n kolam cetek kat depan tuhh


siapakah alexander the great..????

dalam library



barang2 arifak kat library..



barang2 lain..


rak2 buku

Di situ kami bertemu pula dengan seorang lelaki yang berasal dari Yaman..beliau yang menegur kami dahulu..”Malaysia??”...Dia dtg bersama isterinya..dia kata dia pun dari Malaysia..dia sbenaranya belajar di Malaysia in Medicine jugak,,sekarang cuti..jadi dia ambil peluang untuk bercuti dengan isterinya yang juga direct dari Yaman..dan mereka bertemu di EGYPT..kami rasa bertuah dapat bertemu dengannya...berkenalan dengan orang luar..dia memuji Malaysia..’IS A BEAUTIFUL COUNTRY’..dia tnya kamu sama ada sini atau Malaysia yang cantik??...dia tetap memuji MALAYSIA..nama beliau mahmoud..isterinya aku lupa namanya apa..tapi isteri dia cantik..dia pun kacak..padan laa..Mahmoud yang mcm faham kami rindukan Malaysia,menunjukkan kami video yang diambil semasa beliau di Malaysia,,video bangunan pencakar langit..menara berkembar petronas..dan beberapa pencakar langit..dia sempat mohon untuk bergambar dengan kami...kami juga bertukar no,telefon...katanya kalau nk apa2 tolong bole CALL dia,,anything...im happy to help you...=))))..sangat best berjumpa dengan orang2 yang baik seperti itu...


bersama ngan MAHMOUD N WIFE



Cerita hari ketiga..kami ambil keputusan untuk pulang selepas zohor..sebelum tu..pagi kami keluar untuk mencari makan..yang berdekatan..selepas itu..kami bersiar , dan take a picture! Lagi sebelum pulang ke zagazig..tanpa merancang kami menaiki kereta kuda..yang akan membawa kami ke tempat yang bersejarah..best!..katanya khamsah(le5) seorang..setelah berunding dengan pembawa kereta kuda tu..agar memastikan apa yang kami dengar ialah KHOMSAH..dia mengangguk...dia begitu peramah...berbual, bersembang,,cerita itu..cerita ini...dia bawa kami ke tempat ‘luqmanulhakim’.Makam Abu Dhar Dhar dan beberapa lagi makam lain..dan masjid Al Abbas..akhirnya...

MASJID AL ABBAS

Atas kuda....

Dia cakap le50 sorang!!!!!!!!!!!!!!!!!nasihat saya jangan mudah percaya..kalau mmg da prepare duit yang byk untuk naik kereta kuda..oklah...mmg boleh consider sket..sebab jauh jugak dia bawak..tapi agak2 ahh..hmm, kami teringat apa yang dikatakan oleh Yee..xpelahh redha je benda nak jadi..ak niatkan duit tu ikhlas untuk kuda tu...makanan, ubat...

Serius, mood kitorg berubah sket..plan nk makan ice cream semalam...terus tak jadi..hmm itulah serba sedikit pengalaman di ALEXANDRIA..

p/s: sekarang da betul2 masuk musim sejuk..dan sgt sejuk...grrrr..

Thursday, October 21, 2010

Macam mana lah aku x bole jatuh cinta...kalau..


Mai dah ye minah jiwang nie...ahhaha...ok!smbung ayat kat atas..macam mana la aku tak ley jatuh cinta...kalau dpt tempat belajar yg sgt cantik scenery nya...adoyaii...haaa!zagazig inikah??..ahhaha..tidak...tidak...bukan itu mksud saya...maksud saya...sekolah lama saya..MRSM PDRM....cuti 2 bulan setengah ,saya ada buat kunjungan hormat dengan kawan saya...nabila raffie(tali rafia...hahahah..ada crita) le...biasela..semua org buat camtu kan...singgah melawat kawan2..cikgu2 yang menjadi sebahagian dari perjalanan kita sebelum nie,an..oklah...tukang bawak keta bg org yg xde lesen cam aku nie,,,,siapa lagi kalau bukan abg aku...haaa, nk pulak dia jadi tukang bawak keta..*kalau driver..x patut kowt an...muahahhahah...*

haiii...sekolah ak tu cam dulu lagi,,,ak paling bersyukur kat tempat tu sebab kehijauannya,,,teringin lak nanti bila da ehem2, nk tinggal kat tempat yg hijau2..n tepi laut jugak...ok??..cantekkkkkk!!!!!!!sekolah aku tu kat KULIM..hmm..5tahun mastautin kat sna...byk mengajar aku erti hidup sebenarnya...tu dr segi environment la...dr segi org2 kat sna..junior aku dulu yg haluih2...sekarang da tinggi drpada aku*seperti biasa*...

*tgah dengar lagu need you now*...perlu ke??...hahaha...memula, plan nk g tido sana sehari..sebab ak nk snap picture waktu pagi...terbaik!..ada kabus beb...smpai ada cikgu fizik kitowg suruh tangkap gmbar pkai baju sejuk ramai2 buat salam perantauan hntar kat UTUSAN'...hahahah...mmg bahagia aku cakap....*yelah bg org cm aku nie...yg really like scenery yg lawa2..tu yg bahagia*..tapi as ak pegi tarikh si SMS tu kahwin 10.10.10...lusa ak nk g KL dah...x smpat dah..so xpelah..dpt snap scenery petang...ok je...mrsm pdrm kulim...yg share ngan penduduk polis kat situ...rindu tempat berkawat kamI(gomen ne, x sempat lak nk snap gmbar lapang sasar)tapi ada satu tmpat..tempat nie kire dlm sikit r..tempat nk menembak..biasalakan tmpat polis..menembak je kejanya..uihhh, tgk je cmni...penah pegang M16 tau...haa..best ahh, xprience tu...smpai tinggal kesan kat bahu aku..hentakan senapang tu bila tekan picu..TAPI bukan semua orang dpt pegang...org yang masuk KADET POLIS saje...hahahah...mesti nk tergelak guling2 kn bayangkan aku nie berkawat tiap2 perjumpaan...gile mu....limo tahun mu...ak masuk KADET POLIS..ak tau mmg SENAK...tapi ak suke...sebab dpt pkai uniform polis yg SMART dan terbaik dr LAPANG SASAR....haaa..lawak je teringat, pas de practice pg seblom start klas,,lepas siap practice masuk klas ngan uniform..haaahha..semua org tgok je..korg tau la kasut polis tu..bunyi dia..kalah CIKGU BESAR...ok, done!..

berjumpe lah ngan cikgu kami...cikgu addmath kami merangkap cikgu homeroom aku, cikgu norma abu bakar...pergghhh, cikgu yg paling ak ske...walaupun add math xdelah dpt markah tinggi...xpe, dia bukan buat pe pun..dia cubit je..perghhh..beliau mmg terkenal ngan cubitan 'mesra'...dpat jumpa ngan warden blok kami...Teacher sue..dia ngajar english kami jugak....cikgu yg byk bersabar dengan kebisingan,dan kesongehan budak blok 3 nie an..haa...ckp pasal block nie teringat lak,yang dulu..jap, ok...nk critanya asrama kami mmg mcm apartment sebab kaminyer blok asrama sama je cam apartment yg polis2 duduk...kira satu rumah tu di panggil UNIT..kat sini panggil SYAQAH an?...mmg sama lebih kurang ngan ngan rumah yang duduk sekarang nie...mmg HEAVEN..*memang tahap puji sekolah habis..*satu bilik 2 orang...ada 4 bilik..satu bilik tu sorang je duduk...oklah, saiz kecik....ada dapur satu yg dijadikan tempat basuh baju..n 1 toilet n 1 bathroom..pe lagi korg nak??...pagi2 tak yah nk line up pepanjang kat dalam hujung toilet yg selalunya terletak kat hujung dorm an??...dlm rumah sude...haa...smbung balik dulu ak dpt UNIT 14...tingkat paling atas..tiga tingkat ja...tapi tu pun aduhai...mg tau la kan jarak dr asrama ke blok akdemik pun da 700 meter...jalan kaki tau...turun mmg syok aaa kan...naik mmg...pk la sendiri...kat sini pun ak dpat umah tingkat paling atas...double lak tu tingkat nya... pastu jumpa cikgu zulkifli yang cakap ak BERTUNANG tu....jumpe beliau kat koop..

"eh, kamu ada facebook?"..
"ada la cikgu....cikgu yang tegur saya bertunang tu....ANA AISHAH"..
"oh kamu la ana aishah...kamu(point to nabila) ada facebook?...x pernah nmpak pun.."
"penah la cikgu...yang tali rafia"
"oh, kamu...nama macam tali rafia...*gelak*"

cikgu zulkifli penah tegur kat wall bila..."apa nama kamu mcm tali rafia?"...ahhaha...senanya cikgu zul mmg suka tegur camtu...dia ske buat lawak....n..dia penah tulis kat wall aku.."kuat kamu makan sekarang nie ye?"....kan aku penah buh gmbar makan bakmi ngan chopstick...dan cikgu tu sempat ketuk kepala aku...mmg hobi beliau...bila jalan tengok bebudak sembang kat tepi jalan, dengan tidak semenanya dia ketuk kepala budak tu...ahahhhaha.....

haa...tak lupek jugeksss..kami g gak melawat makcik DS yang selalu masak sedap untuk kami...yang bley detect muke kami dr jauh, kalau dpt makan ikan kecik secotet je...haaa...ingat lagi tau makcik2 tu ngan kami..mgkn sebab tahun lepas...ak de g ngan bila jugak sebelum terbang ke mesir nie..masakan DS kami pernah dpt award....pergghhh, mmg sedap weiii...kenye mu...pas da jumpa ngan semua orang.....kami pun berjalan ke asrama(700 meter)...tapi kami pkai jalan jauh sket..nk tangkap gmbar punya pasal..dari padang ke dewan buat exam...barulah ke asrama.....so enjoice!...

pintu masuk ke blok bangunan akademik...


DEWA SRI BALAS...tempat makan kami...


Padang...left view..daun yg berguguran


padang ..right view..

middle view...ok!, this padang mmg akan dikelilingi pokok2 yg sederhana besar...besar la jugak...kat sini jugakla..hari sukantara..sukan tahunan diadakan

nie jalan sebelah pdang..padang sebelah kanan gmbar..kalau terus,akan baik bukit sikit..kat atas tu ada rumah pengetua...mmg pernah berangan naik basikal sepanjang jalan yang ala2 korea(sorry to mention this again..n again...nanti bila aku da boring aku STOP laa..)silap kaler daun pokok tak oren je...kalau tak da cam autumn gitu...

nie simpang nk ke jalan tadi....nmpak rumah kuning tu??..itu rumah penolong kanan...

exotic..apa yg buat aku nk snap pic nie sebab ada sesuatu yg menarik...,x rse ke, ak boleh buat klip video lagu siti nurhaliza kat sini(cuma tukar mode pic ke panaroma*hitamputih*)...lagu bicara manis menghiris kalbu ke...muahahaha..batang pokok yang senget melintang kebawah tu..

nie lak kawasan depan masjid kami...tempat nie mmg seluas padang...n pokok2 nya ditanam dlm jarak tertentu...mmg pernah mensuggest kan kepada cikgu homeroom,untuk berkelah kat sini..tapi x penah dpt...sebab PDRM jaga tempat nie..*hmm,hijau yg sebenar lagi gelap..hijau dlm gmbar nie..agk kuning sket..so x dpt nk rse kesejukan dia..*

pokok saje...



haaa..model dlm gmbar nie..cik nab tu..ahahha...gmbar nie cam kalau transfer ke lukisan..ia akan nmpak lebih menarik..a long road,a lonely tree..nie sebarnya da kat depan dewan exam..

DEWAN SERBAGUNA..dewan exam kami...dlm nie ada gelanggang badminton n sepak takraw jugak...sebelah yg berjaring hijau tu...tempat main bola tmpar...selain padang aktiviti kokurikulum buat kat sini gak..ikut persatuan la an...

dr gmbar seblom tadi, ak pusing belakang...ak snap ini pic..jalan depan sikit, sebelah kiri gmbar ialah lapang sasar..tempat berkawat...


pokok2 yang da mati...pemandangan bila turun dari DSG..DSG atas bukit sket..

nie bile berkabus lagi terbaikkkkkkk!!!!!!



DSG dr bawah..sebelah kiri gmbar adalah gmbar pokok2 mati tadi(xdak dlm gmbar nie)...mmg best sebab time ada gap buat exam SPM or PMR...nk buat revision last kopek,mmg TERBAIKKKK..!!!!


Inilah coverwalk yang pnjng dr pintu utama asrama smpai ke blok bgunan akademik..mmg jauh pun...tapi bila jalan kan bersembang..perempuan biasalah...x rase sgt pun...


HMM..ni blok 3...

pandangan dari atas...masjid tu mmg masjid pelajar n penduduk kongsi..Maghrib wajib jemaah kat sini...then..yang bangunan merah2 dan bangunan sekitarnya adalah kawasan akademik...bumbung biru yang pnjang tepi jalan sebelah kiri..adalah cover walk tadi...sebelah cover walk tu kan ader cam kawasan hijau ada pokok sikit2...tu la tempat berkelah tadi...
DAN PALING PENTING aku x sewa helikopter pun nk amek gmbar nie dr atas..gmbar nie diambil dari FACEBOOK..kawan tagged..

ok, tu je gmbar yg dpt dikongsi bersame...miss this school...rindu nak balik zaman sekolah yg xdak dimana2..tapi satu je....tak nak EXAM hahahhaha

VERSION SATU
VERSION 2

p/s:tiada apa yang kekal dlm dunia nie...semua akan datang dan pergi...