Aku baru tahu...tajuk lagu tema untuk cerita itu ialah..’the mermaid who loved the shark’p/s menyempit: sebenarnya ak da lama cari lirik lagu itu dlm English..tapi tak jumpa.tapi sekrang da jumpa!..lagu itu sgt sedih(bukan aku..ahaha)dan bermakna..tapi walupun cerita itu paling best tapi lagu tema yang bertajuk,’SEBAB’ dan ‘DOA’ itu cerita paling sedih(ini aku sedih)..setiap episode membentuk laluan basah di pipi(kalau tengah baring mungkin di laluan zygomatic arch)..mungkin bukan kerana cerita itu sedih(tapi mmg pun).tapi mungkin kerana hati ini mudah tersentuh..bukan aku sahaja yang kata..kawan2 yang lain pun kata..jadi kami memang budak tersentuh....
Atas tu selingan je...sekarang bentuk santai ,aku nk cerita percutian aku di ALEXANDRIA..cuti raya haji 8 hari itu aku habiskan 3 hari daripadanya di ALEXANDRIA..ya!aku akui tempat itu mmg cantik...dari zagazig..tapi kamu tahukan??..walau kemana kaki ini melangkah..yang pertama tetap di hati,,tetap rasa nk pergi untuk balik ke zagazig semula..rasa nikmat untuk smpai ke tempat asal sangat dinantikan..ehhh, pehalla cter time da balik ni..
Dalam perjalanan kesana yang memakan masa hampir 3jam di dalam pijot buat aku rasa mcm cabut pintu dan pasang penghawa dingin...PANAS!!ak duduk tempat biasa aku..di tepi tingkap..bukak tingkap, tudung pulak herot nanti....*oh, org depan pakai iphone*..ahhaaha..tapi sekrang hanphone semua da macam iphone..skrin besar..lebar ketepi kebawah..skrinsentuh,jadi saya kata itu iphone..ak byk tido dlm pijot..dan aku berharap kepala aku x senget selamanya bila keluar dari pijot nanti..tapi sebelum itu nabila yang disebelah ak meminta aku untuk melihat ke arah luar tingkap dan bertanya apa persamaan antara pokok yang di di sepanjang jalan raya itu...ak melihat..ya , aku tahu ada persamaan..tapi ak x dpat nyatakan apakah persamaan itu sehinggalah nabila memberitahu..semua pokok2 itu senget ke sebelah..ke arah yang sama pula tu..lucu!itulah keunikan ciptaanNYA..
Kami tiba di ALEX..dan terus ke hotel untuk check IN..aku kira hotel itu mmg popular dikalangan ‘pelancong’ seperti kami untuk menginap..hotel semalam hanya LE15..sngat berpatutan..ini kali pertama aku mnginap hotel di bumi mesir ini..dan hotel ini seprti asrama...toilet dan dapurnya di luar bilik..bermakna ia berkongsi dengan penginap2 lain..seorang lelaki yang ak kurang pasti umur dia berapa(mungkin 50)..tapi merupakan tokey hotel itu, membawa kami ke dapur dan toilet di situ..aku memuji ‘KUWAYYIS’..dan dia bertanya siapa nama aku..dan ak menjawab ‘AISHA’..sebutan AISHAH atau AISHA..org arab tetap akn sebut semula tnpa bunyi H dibelakang..aku kira dia suka nama aku...dan berkata sesuatu sambil mengangkat kedua belah tngannya(doa)..mungkin kerana mereka menyanjungi jujungan nabi Muhammad S.A.W. seterusnya kami ke bilik...disebabkan kami tiba pada waktu petang..warna laut nya tidak menarik perhatian aku..sama seperti warna laut di Malaysia..bewarna terqoise gelap..bilik kami punyai balkoni, dan dapat melihat pemandanga laut..
bangunan di ALEX..
Semasa sebelum naik ke hotel , kami terserempak dengan seorang pelancong lelaki..kami kira dia dari CHINA atau TAIWAN..mulut dan jari telunjuk yang pantas ini beraksi..”eh”..dan dia melihat kami...orang Malaysia??? Dia bertanya..kami macam excited sikit tak byk jumpa orang Malaysia...dan dia bertanya ada org johor kat sini...,semua melihat ke EZZA..oh dia berasal dari JOHOR..dia membahasakan dirinya ‘aku’..sebelum dia keluar dari bangunan hotel tu,” aku nak kuar kejap nk cari makan*smbil menyentuh perutnya* lapar..” dia seorang peramah..dan aku belum tahu namanya..
Ramai giler org kat foodcourt
Malamnya kami decide untuk lepak di tepi laut..merasa angin malam di situ...bagaimana ya??..aku panjat batu tebal itu, dan bersila di atasnya..sambil makan French fries yang dibeli di city center tadi..kami kesana tadi untuk cari makan...LAPAR!..itu pun ramai,,maklumlah hanya di FOODCOURT..mata aku nie mmg meliar...ak pandang ke kekiri..dan melihat sesorang yang kelihatan seperti rakan sekelas di maktab dahulu..sekali lagi mulut dan jari ini pantas beraksi..”eh”..lelaki itu mengalih kebelakang..oh! lelaki cina tadi...hahaha..rezeki kami berjumpa dengannnya lagi...kami semua berbual pnjang dengan dia..dari perbualan kami..baru lah kami tahu nama dia YEE...dan seorang tour guide(PEMANDU PELANCONG) di Malaysia..katanya dia akn bercuti selama bebrapa bulan untuk sekali dalam 4 tahun..YEE kata” ak selalu bawak orang melancong..sekrang aku pulak nk melancong”..menurut YEE...tahun ini dia memilih untuk ke benua arab..dan ini paling jauh dia penah pergi..sebelum ini hanya di Thailand dan KOREA...sebelum tiba di MESIR..dia sudah jelajah, Jordan, turki,Syria,India, Tibet,Pakistan dan seterusnya jika aku x silap..dia akan ke sudan pula..dia menceritakan pengalamannya di sana...katanya di India tempat yang cantik ialah di Jaipur..dia juga ada bagitau ada tempat yang menjual aiskrim di slaah satu Negara yang dia pergi...aku seronok mendengar pengalaman orang lain..ak kira ia satu pengalaman bagi aku juga..KELUARLAH!supaya kau tahu budaya, cara hidup,keunikan budaya lain..dan pasti kaau akan dapat sesuatu darinya..dia memuji perempuan2 di SYRIA..dia kata cantik2..tapi lelaki mereka tidak hensem..kami bergurau dengannya dengan mempromote zagazig,”mai la zagazig...kat sna laki hensem, perempuan pun cantik”..ternyata dia juga antara yang kebanyakan tidak mengenali zagazig.dia juga mmuji orang di Jordan (atau turki atau x pasti)..katanya,” orang kat sana tak macam org kat sini..tipu2 talak...u aaa,kalau u pelancong berdiri tepi jalan bukak map, orang yg bawak kerete akn berhenti dan tanya mana u mau pegi..dia bawak u pegi sana ooo..’ banyak lagi pengalaman Yee di luar Negara..di korea di telah mencuba KIMCHI..aku cepat..”HAAAA..,’kerana aku ingin bertanya sama ada dia ada cuba makan kimchi x??popular kowt...
Ok habis cerita hari pertama...hari kedua mungkin lebih letih dari hari semalam...paginya,aku ke balkoni untuk melihat pemandangan pagi,,SUBHANALLAH...lautnya biru yang ak tunggu..kedua hati ini tersentuh..bukan apa..sebelum kami keluar untuk ke lif kami akan melalui ruang tetamu(yang dilelngkapi dengan kerusi tetamu dan sebuah televisiyen) yang menjadi tempat lalu lalang..aku lihat pakcik tokey itu tidur di laluan itu dengan selimut yang hanya cukup menutupi tubuhnya yang sederhana besar ,isterinya duduk ditepinya(atas lantai) bersama dengan seorang lagi ank lelaki mereka..ak rasa sedih..tiada tempat tidurkah??atau mmg mereka tinggal disini..dan tiada tempat tidur...bergantung rezeki dengan ada tiada orang yang dtg menginap di hotel mereka..payahnya dia mencari rezeki...rezeki yang halal...ak benar2 mahu berbual dengannya lagi..namun, bahsa tempatannya aku belum fasih..melihat wajah seorang demi seorang,ayah,ibu dan anak...ak katakan bukan cerita romantic ROMEO dan JULIET adalah cinta paling agung..tapi cinta kasih seorang ibu,ayah,isteri,suami dan anak seperti ini ialah contoh yang paling baik..dari sudut pasangan semua isteri..tua serta susah senang bersama mencari rezeki..dari sudut anaknya..yang sanggup membantu ibu bapanya bekerja dengan budi pekerti yang baik...dia tidak seprti kanak2 yang lain mampu berlari bermain bersama kanak2 lain yang seumur dengannya...
SUBHANALLAH!!!!!!!!
Aku tinggalkan kisah yang memberi kesan di hati itu sebentar..
Kami meneruskan perjalanan dengan menaiki tremco ke Farouk Castle..dengan bayran hanya sebanyak LE6..sgt berpatutan...luas sungguh perkarangan istana itu..sangat cntik..banyak pohon kurma ditanam..Farouk castle ini dibina di tepi laut..dan disinilah aku temui rumah idaman ku..ahha..bukan istana,,tetapi rumah batu yang bersaiz sederhana yang terletak di tepi laut..mungkin rumah penginapan untuk pelancong di situ..halaman rumahnya sederhana besar..berumput hijau..dan mempunyai buaian yang berbentuk sarang burung...
'
Seterusnya, hampir 2 jam juga kami disana..kami ke library..ak terpegun melihat perpustakaanya yang unik senibinaannya..yang bertingkat2 seperti tangga banyak pelajar yang menjadikannya sebagai tempat untuk study group,melayari internet,dan revision..aku percaya pelbagai buku yang boleh diperoleh di situ..perpusatakaan yang luas seprti itu, pastikan memuaskan hati...dan setiap rak buku ada dilengkapi cahaya lampu putih..menjadikan tempat itu lebih menarik..namun kata tira..library UTP lebih hebat..di situ juga terdapat brg2 bersejarah..seperti ‘memorial plaque’, ‘list of prisoner in 1912’, tulisan khat,sample of letter box,dan mesin type dahulukala..lama jugak di situ,,sekitar pkul 2 kami pulang ke hotel...kami bertembung dengan tokay hotel dia kebetulan berada di laluan di ruang tamu..dan sempat bertanya pada aku,”izzayik aisha??”..aku yang dalam kelam kabut,bersembang ngan orang sebelah hanya sempat senyum dan mengangguk...izzayik ialah bahasa pasar(ammi) untuk kaifahalukum(fushah)..letih benar kami...malam itu kami hanya berehat..di hotel..namun selepas isya’ kami mengambil keptusan untuk keluar malam, bersiar2 di sekeliling bagunan..dan berdekatan dengan bagunan itu terdapat sebuah patung yang dikelilingi taman...
Di situ kami bertemu pula dengan seorang lelaki yang berasal dari Yaman..beliau yang menegur kami dahulu..”Malaysia??”...Dia dtg bersama isterinya..dia kata dia pun dari Malaysia..dia sbenaranya belajar di Malaysia in Medicine jugak,,sekarang cuti..jadi dia ambil peluang untuk bercuti dengan isterinya yang juga direct dari Yaman..dan mereka bertemu di EGYPT..kami rasa bertuah dapat bertemu dengannya...berkenalan dengan orang luar..dia memuji Malaysia..’IS A BEAUTIFUL COUNTRY’..dia tnya kamu sama ada sini atau Malaysia yang cantik??...dia tetap memuji MALAYSIA..nama beliau mahmoud..isterinya aku lupa namanya apa..tapi isteri dia cantik..dia pun kacak..padan laa..Mahmoud yang mcm faham kami rindukan Malaysia,menunjukkan kami video yang diambil semasa beliau di Malaysia,,video bangunan pencakar langit..menara berkembar petronas..dan beberapa pencakar langit..dia sempat mohon untuk bergambar dengan kami...kami juga bertukar no,telefon...katanya kalau nk apa2 tolong bole CALL dia,,anything...im happy to help you...=))))..sangat best berjumpa dengan orang2 yang baik seperti itu...
Cerita hari ketiga..kami ambil keputusan untuk pulang selepas zohor..sebelum tu..pagi kami keluar untuk mencari makan..yang berdekatan..selepas itu..kami bersiar , dan take a picture! Lagi sebelum pulang ke zagazig..tanpa merancang kami menaiki kereta kuda..yang akan membawa kami ke tempat yang bersejarah..best!..katanya khamsah(le5) seorang..setelah berunding dengan pembawa kereta kuda tu..agar memastikan apa yang kami dengar ialah KHOMSAH..dia mengangguk...dia begitu peramah...berbual, bersembang,,cerita itu..cerita ini...dia bawa kami ke tempat ‘luqmanulhakim’.Makam Abu Dhar Dhar dan beberapa lagi makam lain..dan masjid Al Abbas..akhirnya...
MASJID AL ABBAS
Dia cakap le50 sorang!!!!!!!!!!!!!!!!!nasihat saya jangan mudah percaya..kalau mmg da prepare duit yang byk untuk naik kereta kuda..oklah...mmg boleh consider sket..sebab jauh jugak dia bawak..tapi agak2 ahh..hmm, kami teringat apa yang dikatakan oleh Yee..xpelahh redha je benda nak jadi..ak niatkan duit tu ikhlas untuk kuda tu...makanan, ubat...
Serius, mood kitorg berubah sket..plan nk makan ice cream semalam...terus tak jadi..hmm itulah serba sedikit pengalaman di ALEXANDRIA..
p/s: sekarang da betul2 masuk musim sejuk..dan sgt sejuk...grrrr..
0 comments:
Post a Comment