Friday, March 19, 2010

IKHLAS..........


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

haa...kali nie ana nak bg input yang ana dapat dari ustaz yang datang kat MIS..ustaz Azrul...dia ana rasa orang utara kowt...haha...se geng(oppps,saya tidak mngamalkan assobiah di sini)..Ustaz nie dia ske bercerita...time ana pergi nie..n ape yang ana nak sampaikan nie..dia menceritakan bab 'Adab- adab orang belajar dan mengajar Al Quran'...disebabkan beliau ini tersangatlah ske bercorite..dia elaborate satu point je..tapi memang bermakna jugakla...ilmu yang baik kan..x membazir pown..ana da lama nak post menda nie..tapi..tertangguh2..haha..Mungkin tak berapa proper..maaf..tapi Insha Allah..sedikit sebanyak boleh mengisi kekosongan hati..


1. Mempunyai masa dengan anak murid

point pertama dia IKHLAS..katenya...IKHLAS itu sukar dicapai...tiada siapa tahu...even kita sendiri pun tak tahu adakah kita benar2 ikhlas atau tak..ikhlas hanya DIA saja yang tahu..sampai atau tak...yelah hanya dia Maha Mengetahui tahu...contohnya la kan kawan kite mintak tolong dengan kite dan dia mungkin ada ckp,"ikhlas ke x tolong aku tu..??" Hakikatnya tiada siapa yg tahu,,walau nmpak x ikhlas sekalipun, penilaiannya tetap pada Allah.Oleh itu dia ada syorkan..MULAKAN setiap PENULISAN dengan Hadith Niat...ana kira blog sebagai wadah/medium penyampaian kita nie.dalam mengutarakan pendapat kita...termasuk sekali dalam kategori penulisan yang dimaksudkan..yelah mgkn kite ada blog..nk smpaikan perkara2 yang baik..niat tu mesti penting..

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Dalam Hadith 40...NIAT diletakkan pada tempat yang pertama..apa yang berlaku dan apa yang kita lakukan..kita akan dapat berdasarkan dengan apa yang kita niatkan..HADITH di atas merangkumi 1/3 ilmu ISLAM..

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

*Berniat baik pown da boleh dapat pahala..namun perlulah berserta dengan azam dan perbuatan..


“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.”

Ustaz kata..Niat untuk mencari keredhaan Allah S.W.T...KOMITMEN semata2 untuk ISLAM.. lakukan perkara itu semata2 dengan NIAT..Ustaz itu menceritakan yang... 'ada segelas air kosong..air minuman biasa putih...dihadapan kita..kita minum dan meniatkan ARAK..walhal itu hanya air biasa..maka hukumnya haram...kerana apa yang dilakukan berdasarkan niat'..

Fokuskan KEBENARAN dengan NIAT kita (HANYA kerana ALLAH Taala)..beliau syorkan niat taqqarrub ini..insha Allah dapat ikhlasnya..Taqarrub bermaksud mendekatkan diri dengan Allah ~kita harus melakukan amalan kita dengan ikhlas..walau sukar dicapai..berusaha untuk mencapainya..jangan kerana ingin mendapat pujian dari manusia(moga ana dijauhi daripada golongan ini)..menyucikan perbuatan daripada pandangan dan perhatian makhluk lain... ustaz tu ckp lagi...ada seorang tokoh..nama apa ,maaf ana lupa...tokoh nie berkata,' Benda paling susah dalam amalanku untuk dicapai ialah IKHLAS'...

3 TANDA IKHLAS
~ oRANG PUJI ATAU KEJI...SAMA SAHAJA TAHAP AMALANNYA

~mELUPAKAN AMALAN BAIK YANG DILAKUKAN

~ mENGHARAPKAN BALASAN DI AKHIRAT..



Ada PEPATAH inggeris...
Sincerity can’t be measured, but it can be tested





DI akhir2 pertemuan ustaz tu bagitau lagi
.

Meninggalkan amalan baik kerana manusia ialah RIAK
Contohnya...kawan2 sindir atau perli kita pakai serban...kita rasa segan n malu..pastu tak pkai dah..phm kan?
'

Buat amalan baik kerana manusia ialah SYIRIK..



P/S:Namun NIAT tak pernah MENGHALALKAN cara

0 comments: