Saturday, August 7, 2010

AL AQSA...semakin tenat...



Apa sudah jadi dengan dunia Islam kini???...mungkinkah kerana perpecahan yang melanda langit Islam kini menjadi penarik utama kepada musuh-musuh islam untuk menyuntik putik-putik kehancuran...Masjid Al Aqsa...apa yg kita tahu mengenainya...sejak di bangku sekolah lagi kita mungkin didedahkan dengan kekejaman puak Yahudi yang berusaha menghancurkan tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah..Malah Masjid Al Aqsa juga pernah dijadikan kiblat pertama umat Islam..sebelum berpindah ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid kedua dibina selepas Kaabah..

Kini...Musuh-musuh laknatullah ini cuba untuk meruntuhkan Masjid ini..apa tujuannya???...kenapa dia nk runtuhkan..??...Ana berniat untuk menceritakan perkara ini kepada teman2 saya..Ana cuba bertanya kepada adik ana..Mengapa org Yahudi beria mahu meruntuhkan Masjid Al Aqsa..begini jawapannya..

“di dalam masjid itu terdapat..sebuah batu yg terapung di mana ia diceritakan dalam Al Quran yang dikisahkan pada peristiwa ISRAK MIKRAJ.(klik sini la oiii)..Orang Yahudi khuatir degan kebenaran ini akn tersebar dimana memperlihatkan kebenaran Islam lalu pelbagai perubahan telah dilakukan”

Berikut ialah rentetan kerakusan perancangan Yahudi terhadap Masjid Al Aqsa:

~ Kerja penggalian telah dimulakan sejak sepanjang tahun 1970-an

~ Pada 1977, penggalian itu diteruskan dan sebuah terowong besar dibuka di bawah kawasan solat wanita

~ Pada tahun 1979, Satu terowong baru digali pula di bawah masjid, dari timur ke barat

~ Jabatan Arkeologi Kementerian Hal Ehwal Agama Israel menggali sebuah terowong berhampiran bahagian barat masjid pada 1984.

Apa kononnya sebab Israel ingin menjalankan kerja penggalian ini..???

Mereka mendakwa tapak Masjid Al Aqsa kini merupakan bekas tapak kuil Haykal yang dibina oleh Nabi Sulaiman.

Namun apa yang mereka temui hanyalah....

Mereka menemui terowong Raja Jehoiachin(Raja Baitulmaqdis)...untuk ‘cover’ mereka menyatakan penemuan itu suatu kejayaan walhal tiada langsung kaitannya dengan kuil Haykal dan penemuan itu tidak benilai dari segi agama tetapi sejarah..

Hakikatnya, kerja penggalian ini dilakukan ialah sebagai langkah awal untuk membina kuil baru..kerana sememangnya sudah jelas dari kalangan pakar ahli arkeologi dan ahli sejarah yg bukan pro-Zionis telah menafikan kewujudan kuil itu..

Kita teruskan lagi rentetannya:

~ Pada Februari 2007, jabatan arkeologi terbabit mula menggali di lokasi bagi membina semula laluan jalan kaki yang runtuh. Tapak itu terletak 60 meter dari Masjid al-Aqsa, mencetuskan kemarahan umat Islam dan Israel dituduh cuba memusnahkan asas masjid.

~ Dalam laporan Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC) Februari 2008, sekumpulan pembuat dasar Hamas yang ditahan Israel menggesa rakyat Palestin menyekat rancangan baru Yahudi menggali terowong baru di bawah Masjid al-Aqsa

~Pembuat dasar aplestin itu percaya,ia ada lah satu lagi cubaan Yahudi untuk menghapuskan sejarah Arab dan Palestin di Baitulmaqdis.

~ Pada Ogos 2008, sumber Israel melaporkan, Menteri Luar Jordan, Salah Bashir, bertemu duta Israel di Jordan untuk membantah penggalian berhampiran Masjid al-Aqsa

~ Jordan membantah langkah dijalankan Israel dan menambah bahawa penggalian berhampiran Pagar Mughrabi yang menghala ke Masjid al-Aqsa melanggar perjanjian damai 1994 di antara Jordan dan Israel

~ Ia sudah tentunya mengancam secara kesuluruhan asas Masjid Al Aqsa.

~ November 2009, Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mendedahkan, Israel mula menjalankan kerja penggalian di laluan Al-Sharif, berpuluh meter dari bahagian barat Masjid al-Aqsa, dalam persediaan membina dua terowong dan dua lif bagi menghubungkan antara laluan itu termasuk Al Buraq dan Pagar Mugharabi

~ tujuan membina terowong dan membina lif ialah ‘membawa penduduk Yahudi ke barat dan pintu Masjid al-Aqsa, terutama di pagar Mugharabi, lokasi pelancong asing dan Yahudi menyerbu masuk Masjid al-Aqsa.” Yayasan menganggapnya projek ‘mengyahudikan’ Masjid al-Aqsa.”

Rancangan Meyahudikan Masjid Al aqsa

Kawasan yang dimaksudkan terletak di dalam sempadan Kota Lama seluas lebih 133 meter persegi yang diduduki Israel pada 1967. Ia juga mendedahkan keinginan Israel memasang lif elektrik dalam terowong menegak dan koridor elektrik di terowong memanjang. Lokasi dua terowong itu menjadi titik pertemuan beberapa tapak arkeologi, bagi Israel membangunkan satu sejarah ilusi Yahudi. Ia menjelaskan bahawa projek mengyahudikan itu menelan belanja 10 juta shekel (RM8.35 juta) dan akan dilaksanakan dengan kerjasama antara perbandaran jajahan Baitulmaqdis, syarikat pembangunan dan pemuliharaan penempatan Yahudi, Pihak Berkuasa Monumen dan Institut Insurans Nasional. Projek itu akan dibiayai menerusi sumbangan Baruch Klein, seorang ahli perniagaan Israel-Amerika Syarikat. Penggalian terowong itu sampai ke kemuncaknya apabila yayasan terbabit mendedahkan penggalian skala besar dijalankan Israel di kawasan bersambungan ke dinding selatan Masjid al-Aqsa, juga dikenali sebagai Istana Umayyad.



kedudukan sebenar Masjid Al Aqsa(kiri anda) dan masjid Quba al Sakhra(kanan anda) yang dibina untuk mengelirukan umat Islam seluruh dunia agar Aqsa yang sebenar dapat diruntuhkan..Ana rasa kebanyakan dari kita sudah dapat membezakannya..Kubah Al Aqsa sebenar bewarna biru..manakala..Quba Sakhra bewarna kuning.



Gambaran jelas..Masjid Quba Al-Sakhra


Masjid AL AQSA yang SEBENAR...kubahnya bewarna biru seperti yang terdapat dalam Hadis Rasulullah



Insha Allah akan bersambung..

0 comments: