Friday, August 13, 2010

AL AQSA...semakin tenat...2

(sambungan)dari------->Al Aqsa....semakin tenat

Amaran Dari YAYASAN WAKAF DAN WARISAN AL AQSA

~ penggalian tersebut tentulah melemahkan struktur asasMasjid Al Aqsa kerana pada masa lalu, kerja penggalian sama menyebabkan rekahan dan retakan di bahagian selatan dinding masjid.

Dalam masa yang sama,
Ketua Hakim Pihak Berkuasa Palestin (PPA), Sheikh Tayseer Tamimi bimbang Masjid al-Aqsa, yang kini terjejas akibat rekahan dan retakan pada dindingnya, memberi tanda akan roboh pada bila-bila masa, akibat penggalian skala besar dilakukan Israel di bawahnya.


Kesan dari penggalian ini juga telah menyebabkan runtuhan di kawasan penduduk di Silwan..di timur Baitulmaqdis yang mana meningglkan lubang sedalam 12 meter persegi.Selain itu peningkatan kehadiran pelampau Yahudi, selain pencerobohan tentera Israel dan terbaru kemasukan 50 pelajar daripada pelbagai jabatan arkeologi dari universiti Israel untuk menjalankan penyelidikan...


Perlukah saya bertanya...adakah perkara ini akan berterusan??Kesucian Masjid Al Aqsa bakal hilang??...Kalau tidak...apa yang kita lakukan sekarang untuk mempertahankannya??




0 comments: