Tuesday, August 31, 2010

The Bloody White Rose(pembuangan bayi)


Ramadhan yang menjengah setahun sekali ini semakin tiba di pengakhirannya.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan patut diambil peluang untuk memperbaiki kekhilafan diri.Namun...apa yang berlaku...sesetengah pihak bulan ini seperti bulan2 yg biasa bagi mereka...tiada bedanya...tiada penambahbaikan dalam diri...apa yang harus di keluhkan,acuan begitu sudah sebati dalam diri mereka...Belakangan ini...kes PEMBUANGAN BAYI..semakin menjadi2..peliknya..selepas satu..satu..tidak putus2..apa puncanya?

Hampir setiap hari kita mendengar berita yang sama di kaca ‘gelap’ televisyen...kisah pembuangan bayi di sana sini..tiada negeri ketinggalan..apa yang berbeza hanyalah tempat atau keadaan bayi yang ditinggalkan samada masih bernyawa ataupun sudah dicabut nyawanya oleh orang yang berlagak Tuhan...sama ada di dlam longkang atau tepi sungai..Tiada belas kasihan..Mata yang melihat terasa peritnya..Apalah nasib si bayi yang masih kecil..piatu sebelum masanya..lahir saja kedunia tnpa azan, tnpa belaian..mereka mungkin disambut dengan kegalauan hati ‘ibubapa tidak rasmi’ untuk menyingkirkan dia..kemarahan si ‘bapa’..kekecewaan si ‘ibu’ yang melahirkan..merasakan diri sendiri tidak guna kerana melahirkan si anak..padanya anak itu telah lahir pada waktu yang salah..dalam pada masa yang sama masih berbekas rasa cinta pada si ‘bapa’ yang menganggur..kandungan digugurkan atau mungkin tidak sampai hati menyiksa diri dan merasa lebih berdosa,bayi tersebut tetap dilahirkan dan sebaik sahaja dilahirkan,’romeo&juliet’ menyusun strategi untuk meletakkan bayi tanpa dosa itu di mana2 sahaja tnpa rasa sekelumit perasaan bersalah..Rasa malu mereka lebih didahulukan..ohhh..dah ‘BUAT’ tapi tak reti nak TANGGUNG!Pentingkan DIRI SENDIRI!.....

BAIK, misalan kata kita harus mendalami perasaan mereka...pertama, malu...kedua, nama baik keluarga tercemar..ketiga, sekalipun bayi itu di bawah jagaan ‘ibu atau bapa’..(saya nyatakan ‘atau’ kerana tidak mungkin kedua2nya akn menjaga bayi tersebut..jika tidak , masakan kadar pembuangan bayi ini semkin meningkat.)mereka tidak mempunyai kelengkapan sebagai sebuah keluarga yang sempurna...mana tidaknya, keduanya2 masih bergelar pelajar, MIANG sahaja yang melebihi orang yg sudah berkahwin..oleh itu, lebih baik bayi itu dibuang shaja, sedikit nota diperlukan sperti,’ tolong jaga anak ini..saya tak mampu memberi segala keperluannya’ mengharap belas kasihan orang..sungguh remaja kini tiada rasa malu nya...MALUNYA sudah tiada...baru2 ini..satu psangan telah dihadapkan ke mahkamah apabila mengaku bersalah membuang bayi mereka..menutup wajah mereka saat lensa kamera mahu mengambil gmbar mereka...apa yang perlu dimalukan..malu zahir dan batin kamu sudah kamu gadaikan...

Saya tidak mahu serkap jarang..seolah2 meletakkan kesalahan di bahu si romeo Juliet..namun salah siapa lagi...salah ibu bapa yang tak reti didik anak?...atau salah ank yang tak reti jadi ibu bapa tapi sudah pndai membuka langkah sendiri?...salah masyrakat yang tidak mengambil berat...? kenapa masyarakat pula harus diperslahkan..haluan hidup sendiri..bukan msyarakat tentukan..setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran..kamu yang tentukan...apa yang kamu nak..tapi sayangnya apabila nafsu diutamakan..melepasi akal...beginilah jadinya...

Saya ada menonton sebuah rncangan berkaitan makanan halal dan haram...kata penceramah tersebut, dan seperti kita semua tahu..apa yang kita makan itu lah diri kita..’you are what you eat’...zaman sekarang semua makin mudah,teknologi canggih , kemudahan di sana sini..makanan juga semakin sedap..sedap tak bermakna baik..seringkali disalahertikan...tidak mempedulikan hal haram dan halalnya, NAFSU perlu diutamakan...NAFSU MAKAN!..ingatlah makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita...yang akan mengalir setiap masa..dan membentuk keperibadian kita...apa agaknya yang dimakan oleh kita?makanan sudah tentunya menjadi keprluan setiap manusia..nak hidupkan??boleh saya sifatkan di sini..penjagaan makanan juga merupakan salah satu cara mencegah perbuatan zaman jahiliah ini...dunia di akhir zaman..umatnya akan kembali kepada perbuatan2 terkutuk seperti ini...

Sememangnya hal ini tidak harus dipandang remeh...biarpun masalah ini hmpir terjadi di seluruh dunia..dan perkara biasa di sesetengah Negara..negara barat khususnya...kita umat yg beragama Islam tak perlu saya ingatkan lagi kerana rata2 nya pembuang bayi ter’hormat’ ini dikalangan orang ISLAM...sgt sedih...bukan rukun kita ,melahirkan generasi2 seperti ini...fikir-fikirkanlah..

1 comments:

Aishafarhana Radzi said...

sehingga kini dicatatkan kes pembuangan bayi sejak 2005, hmpir 500 kes..sayu umumnya kita sudah merdeka 53tahun..dengan kes2 seperti ini bolehkah kita sudah dianggap merdeka...keagungan sesebuah negara dilihat pada sudut pemuda pemudinya..merdekakah kita??