Saturday, December 18, 2010

Kelebihan Hari Jumaat(Smart Circle)



Seperti biasa agenda pertama ,pembentangan hadith oleh sahabat Hafidzatun Hasaniah.
Hadith yang dipilih untuk minggu ini adalah berkaitan Kelebihan hari jumaat.Semoga kita mengambilnya sebagai panduan..Insha Allah..

Ana akan menjelaskan kelebihan2 hari jumaat melalui hadith2 diperoleh yang banyak menceritakan tentang kelebihan penghulu segala hari ini..ana akan menyenaraikan mafhum2 hadith tersebut...insha Allah

Hadith pertama-
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW: 'sesiapa yang mandi pada hari jumaat akan dihapuskan segala dosa-dosa dan kesalahannya'

Hadith kedua-
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW:'Sesungguhnya hari jumaat dan malamnya mempunyai masa sebanyak 24 jam ,dan Allah SWT membebaskan setiap satu jam seramai 600 000 orang hamba daripada api neraka."

Hadith ketiga-
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW: Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat tanpa keuzuran, maka hendaklah dia bersedekah dengan satu dinar emas, sekiranya tiada maka hendaklah dia bersedekah dengan setengah dinar emas"

Hadith keempat-
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW:" Sesiapa yang meninggalkan tiga kali jumaat berturut-turut dengan meremehkannya,maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima kebenaran."

Hadith kelima-
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW:" Sesiapa yang meninggalkan solat jumaat tiga kali berturut-turut tanpa keuzuran akan dimasukkan ke dalam golongan munafiqin."

Hadith Keenam:
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW:"Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau malamnya akan dibebaskan daripada azab kubur."

Hadith ketujuh:
Maksdunya:
Sabda Nabi SAW:"Sesiapa yang menegur sahabatnya pada hari jumaat sedang imam berkhutbah dengan berkata,Diam! atau bercakap-cakap atau bermain-main atau memberi isyarat dengan tangannya atau dengan kepalanya maka dia telah melakukan perkara yang tidak berfaedah dan barangsiapa yang berbuat demikian maka tiada(pahala)jumaat baginya."

Hadith kelapan:
Maksdunya:
Sabda Nabi SAW:"Mandi pada hari jumaat wajib kepada setiap orang yang baligh"

-wajib bukan bermaksud wajib fardhu ,bahkan ditakwilkan(ditafsirkan) wajib dalam perkara sunat /maruah dan akhlak yang mulia.
-Hadith ini merukan hadith ke 879,dikeluarkan oleh Al-Bukhari ,Kitab Jumaat, Bab ke 2

Hadith kesembilan:
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW: "Sesiapa yang sempat solat jumaat maka baginya di sisi Allah SWT seratus pahala orang mati syahid."

Pengajaran hadith bab Kelebihan hari jumaat ini:

1.Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.Pada hari itu akan digandakan pahala bagi orang yang beriman dan beramal dengan apa yang terkandung di dalam kitab AL Quran dan Al -Hadis

2. Solat jumaat pada harti jumaat dengan penuh khusyu' dan penuh teliti semasa imam membaca khutbah maka pahalanya seolah olah mendapat seratus pahala syahid.

3. Seseorang yang meninggal dunia pada hari atau malam jumaat dengan kalimah 'Laila haila Allah Muhammadur Rasulullah SAW,maka dia akan dibebaskan daripada azab kubur.

sumber hadith adalah dari buku yang bertajuk '400 HADITH RASULULLAH SAW:FADHILAT AMALAN HARIAN MUSLIM' karya Muhammad Zulafaka Abd Lah.. yang ada dijual di dewan darul wehdah insha Allah ada stok lagi..ana x punya buku ini..hanya meminjam dari teman se SC,saudari Asiah Ummu Hasniah

Pengajaran yang ketiga dipanjangkan lagi oleh Kak SC ana..Kak dura..peringatan beliau tentang,"persiapan menghadapi hari mati".iblis dan syaitan itu akan menyesatkan manusia sehingga ke akhir hayat.Syaitan mahu mengkafirkan kita sebelum kita menghembuskan nafas terakhir dengan tanpa menyebut nama Pencipata sekalian alam.Syaitan menjelmakan dirnya kepada pelbagai rupa misalnya menjelma sebagai orang yang kita sayangi seperti ibu,bapa,datuk atau sesiapa sahaja.Dengan penjelmaan menyebabkan kita sukar untuk mengucap kerana jelmaan itu akan menghasut kita untuk mengikutinya yakni ke jalan yang dilaknat .dan keadaan kita pada hari kematian kita itu aiaitu sewaktu kita nazak bergantung dengan keimanan dan ketakwaan kita pada hari ini.Jika iman mudah goyah,hati mudah luluh,maka senang sahaja umpan yang dicampak akan dapat hasilnya.Kata Kak Dura..ajarlah orang yang ketika nazak itu mengucapkan 'Laila Hailla Allah Muhammadur Rasulullah', satu persatu..at least menyebut perkataan 'Allah'.

Sekian dulu...

p/s: Kak dura cakap ,ana boleh pegang watak ibu tiri...huwaaaa!!!!!!!!!!garang sangat ke saya nie?????

0 comments: